Pemandu treler maut, 7 cedera nahas 3 kenderaan di Gerik
IPOH: Seorang pemandu treler membawa muatan dedak haiwan maut manakala tujuh individu cedera selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 34, Jalan Raya Timur Barat, di Tasek Banding, Gerik petang semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Amin Mohamad Ismail, 37, dan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.42 petang.
“Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan pelanggaran tiga kenderaan yang mengakibatkan pemandu treler tersepit.
“Kelindan treler hanya mengalami kecederaan dan lima mangsa yang menaiki kereta Proton Saga serta penunggang motosikal juga cedera,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Katanya pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum mereka dihantar ke Hospital Gerik untuk tindakan lanjut manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
You must be logged in to post a comment.