Kes penculikan, penjualan organ kanak-kanak tular tidak benar


Kes penculikan, penjualan organ kanak-kanak tular tidak benar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada sebarang laporan diterima berkaitan kes penculikan dan penjualan organ manusia melibatkan kanak-kanak berusia dibawah 15 tahun di negara ini seperti didakwa diplatform media sosial.

Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, Superintendan Skandaguru Anandan berkata, semakan mendapati mesej palsu tersebut telah tular sejak tahun 2016 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.

Menurut beliau, pihaknya telah mengesan sebaran mesej palsu di platform media sosial yang memberi amaran kepada rakyat negara ini agar berwaspada berhubung satu sindiket penculikan yang mensasarkan kanak-kanak berumur dibawah 15 tahun bagi mendapatkan organ-organ tertentu untuk dijual.

“Sindiket penculikan tersebut didakwa menggunakan sebuah kerete jenis proton wira dan sebuah van berwarna putih.

“Mesej tersebut juga menyenaraikan harga bagi organ-organ yang dijual seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang dan mata serta mendakwa amaran yang dikeluarkan adalah daripada pihak ‘Gerakan IPK Bukit Aman,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Skandaguru, pihak Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran sedemikian.

“Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian akan menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat,” ujarnya. – K! ONLINE

Terdahulu, tular mesej peringatan mendakwa dari ‘Gerakan IPK Bukit Aman’ meminta orang ramai berhati-hati ketika keluar dari rumah kerana ada Proton Wira plat JJT 2726 berwarna putih dan van bernombor AJE 4567 juga berwarna putih disyaki terlibat dalam penculikan dan menjual organ manusia.

Penculik-penculik berkenaan didakwa sedang mencari kanak-kanak berumur bawah 15 tahun bagi mendapatkan organ-organ tersebut. K Online

Kes penculikan, penjualan organ kanak-kanak tular tidak benar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker