Benarkan amah dari negara lain masuk dulu

Benarkan amah dari negara lain masuk dulu

Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA) merayu kerajaan membawa masuk pembantu rumah warga asing dari negara sumber lain seperti Filipina terlebih dulu, sementara menunggu rundingan dengan Indonesia diselesaikan.

Presiden PAPA, Datuk Foo Yong Hooi, berkata langkah itu lebih praktikal, malah kerajaan tidak mempunyai alasan munasabah untuk terus menunggu persetujuan Indonesia.

Katanya, tindakan sedemikian bukan bertujuan memberi tekanan kepada Indonesia kerana rundingan masih berjalan, sebaliknya bagi memenuhi keperluan mendesak pembantu rumah di negara ini.

“PAPA merayu Kerajaan Malaysia membuka kemasukan pembantu rumah dari Filipina dan negara sumber lain terlebih dulu sementara menunggu rundingan dengan Indonesia mencapai kata sepakat.

“Saya tidak nampak ada alasan munasabah untuk menunggu lagi. Sampai bila kena kena tunggu, lebih baik buka dulu kemasukan daripada negara sumber lain yang tidak memerlukan memorandum persefahaman (MoU),” katanya kepada BH, hari ini.

Rundingan pengambilan dan kemasukan pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia yang dimulakan sejak 2017, masih gagal diselesaikan dalam tempoh terdekat dengan MoU dijadual dimeterai kedua-dua negara, hari ini, terpaksa ditangguhkan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata ada beberapa isu berbangkit yang menyebabkan kelewatan memuktamadkan rundingan pengambilan dan kemasukan itu, namun di pihak Malaysia, sudah diselesaikan perkara yang dibangkitkan.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan apa isu berbangkit sehingga menyebabkan urusan berkenaan terus tertangguh.

Mengulas penangguhan itu, Yong Hooi berharap Kementerian Sumber Manusia (KSM) dapat berkongsi isu berbangkit dengan PAPA dan pihaknya bersedia memberikan pandangan bagi membantu mencari penyelesaian.

Beliau turut berharap perkara itu dapat diselesaikan segera kerana wujud keperluan mendesak untuk mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah warga asing di negara ini.

“Apa masalah berbangkit saya tidak tahu, namun saya harap masalah teknikal ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Saya harap KSM dapat beritahu apa masalahnya dan kami bersedia beri pandangan profesional sebagai persatuan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perlindungan Warganegara, Kementerian Luar Indonesia, Judha Nugraha, berkata antara isu berbangkit menyebabkan MoU itu belum dapat dimuktamadkan ialah permintaan republik itu supaya Malaysia menghapuskan Sistem Maid Online (SMO).

SMO adalah sistem permohonan pembantu rumah asing secara dalam talian dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia.

Judha Nugraha berkata, SMO adalah platform pengambilan terus yang mengatasi Undang-Undang Perlindungan Pekerja Migran Indonesia 2017, sekali gus membolehkan pembantu rumah warga Indonesia memasuki Malaysia tanpa melalui prosedur sepatutnya.

Katanya, kos menguruskan visa juga tidak wajar ditanggung bakal pekerja migran dan Malaysia tidak sepatutnya membenarkan perubahan status visa iaitu daripada visa pelancong kepada visa kerja kerana proses itu terdedah kepada salah guna seperti pemerdagangan manusia dan amalan buruh paksa.

“Di satu pihak, sudah tentu ia adalah dasar Malaysia, tetapi sebaliknya jika kita lihat proses migrasi, ia proses yang tidak selamat kerana pemergian bakal pekerja asing kita bukannya melalui persiapan sewajarnya,” katanya dalam laporan The Jakarta Post, semalam. BH

Benarkan amah dari negara lain masuk dulu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker