Memalukan! Manchester United tersingkir
MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick nyata tidak berpuas hati dengan perubahan peraturan melibatkan bola yang terkena tangan pemain ketika menyaksikan pasukannya tersingkir daripada saingan Piala FA.
Awal pagi semalam, United tewas menerusi penentuan sepakan penalti 7-8 kepada Middlesbrough pada aksi pusingan keempat selepas terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan di Old Trafford.
Cristiano Ronaldo berpeluang meletakkan United di hadapan pada minit ke-20, namun gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum Jadon Sancho meledak gol pembukaan kira-kira lima minit kemudian.
Bagaimanapun, Boro berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi, Matt Crooks yang mencetuskan kontroversi apabila bola terlebih dahulu terkena tangan Duncan Watmore sebelum dia melakukan hantaran lintang yang menghasilkan gol tersebut.
“Bagaimana situasi itu tidak dianggap sebagai kesalahan jika pemain itu mengawal bola dengan menggunakan tangan? Ia jelas bahawa jaringan tersebut tidak patut disahkan tetapi sesuatu yang mengejutkan dengan keputusan pengadil.
“Kami bolos dengan jaringan yang membuatkan saya bingung. Dia mengawal bola dengan tangan dan ketika jaringan itu dibuat. Ketika jaringan itu dilakukan, Video Bantuan Pengadil (VAR) sepatutnya mampu mengesan kesalahan itu dan membatalkan gol berkenaan,” jelasnya.
Peraturan baharu mengenai insiden bola yang terkena tangan telah dikuatkuasakan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) bermula Jun 2019 yang menyebut bahawa jika bola terkena tangan pemain dan kemudian pemain berkenaan dengan segera melakukan hantaran yang disudahkan oleh rakan sepasukan lain, jaringan itu dikira sah.
Pada penentuan sepakan penalti, nasib nyata tidak menyebelahi United apabila Anthony Elanga gagal menyempurnakan sepakan berkenaan menyebabkan pasukannya terpaksa melupakan saingan Piala FA musim ini. – AGENSI
Memalukan! Manchester United tersingkir
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri
You must be logged in to post a comment.