‘Tiap-Tiap Diri Akan Merasai Mati, Mati Itu Pasti…’ Apa Sebenarnya Maksud Alam Barzakh?

‘Tiap-Tiap Diri Akan Merasai Mati, Mati Itu Pasti…’ Apa Sebenarnya Maksud Alam Barzakh?

KEMATIAN adalah sesuatu yang pasti dan setiap yang hidup akan merasai kematian bahkan tidak ada satu pun dari kalangan yang bernyawa akan terlepas daripada kematian.

Firman Allah SWT: (Maksudnya): ”Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati kemudian kamu akan dikembalikan kepada kami (untuk menerima balasan).”

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulum al-Din menjelaskan bahawa kematian sebenarnya hanyalah perubahan keadaan yang dialami oleh roh, daripada memiliki kuasa penuh ke atas jasad kepada kehilangan kuasa itu.

Roh yang sebelumnya dengan berleluasa menggunakan mata untuk melihat, kaki untuk berjalan, telinga untuk mendengar dan semua anggota jasad yang lain sebagai alat bantunya, pada saat itu, ia tidak mampu melakukannya lagi.

Jelas Zulkifli, para ulama berkata ada perkara lebih dahsyat daripada kematian iaitu lalai dalam menghadapi kematian, berpaling dan sedikit mengingati kematian, serta meninggalkan daripada beramal soleh yang merupakan bekal setelah kematian. Bahkan pada kematian sebenarnya terdapat pesanan serta pelajaran bagi orang yang berfikir.

 

Mati itu pasti tapi adakah kita sudah bersedia?

“Kematian dalam Islam bukanlah kemusnahan untuk selama-lamanya seperti yang dipercayai oleh orang-orang yang sesat dan jahil. Kematian adalah perpindahan dari satu tempat ke tempat lain, dari satu peringkat ke peringkat lain, dan dari satu persinggahan ke persinggahan seterusnya,” ujarnya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, mayat yang berada di dalam kuburnya hidup secara alam barzakh. Menerima nikmat ataupun merasai seksaan sebagai permulaan kepada kehidupan akhirat yang abadi. Sama ada seseorang itu diberi balasan baik, ataupun dikenakan seksaan.

Kamus Lisan al-Arab oleh Ibnu Manzur mendefinisikan alam barzakh sebagai suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang mahsyar, iaitu daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh.

Disebut dalam Mukhtar al-Sihah makna barzakh ialah dinding pembatas antara dua benda. Ia juga membawa makna apa yang terdapat di antara alam dunia dan alam akhirat sejak dari waktu kematian seseorang sehingga dia dibangkitkan.

Manakala Al-Jurjani dalam al-Ta’rifat berkata Al-Barzakh disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran dan semuanya disebut dalam bentuk kata nama. Dari segi bahasa ia bermakna sesuatu atau penghalang antara dua perkara.

Allah SWT berfirman: (Maksudnya): “Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”

Zulkifli menjelaskan Imam Ibn Kathir memberitahu maksud al-barzakh dalam ayat di atas menukilkan beberapa pandangan, antaranya;

Seseorang itu tidak dapat kembali semula ke dunia kecuali akan tinggal di akhirat untuk selama-lamanya.

1. Muhammad bin Ka`ab mentakrifkannya sebagai sesuatu antara dunia dan akhirat, bukan bersama ahli dunia yang boleh makan dan minum dan bukan bersama ahli akhirat yang menerima balasan amal mereka.

2. Abu Sakhr mengatakan al-barzakh adalah kubur, bukan di dunia, bukan di akhirat. Mereka menetap di dalamnya sehingga hari dibangkitkan.

3. Al-Dahhak menyebut, ia adalah satu tempoh antara kematian dan hari dibangkitkan.

4. Mujahid pula memberi definisi al-barzakh sebagai penghalang untuk mereka (orang yang mati) kembali ke dunia.

5. Imam al-Qurtubi pula dalam menjelaskan ayat di atas menyebut bahawa barzakh itu ialah alam di antara kematian dan kebangkitan.

“Menurut Syeikh Ali al-Sobuni, alam barzakh adalah alam yang dilalui oleh manusia setelah meninggal dunia. Barzakh dari sudut bahasa adalah pemisah antara dua benda. Alam selepas kematian dinamakan alam barzakh. Ini kerana, ia menjadi pemisah antara alam dunia dan alam akhirat,” katanya.

Syeikh al-Maraghi kata Zulkifli ada menjelaskan: Di hadapan mereka terbentang sesuatu yang menghalang mereka untuk kembali ke dunia hingga ke hari kiamat. Di sini terdapat keputusan muktamad untuk mereka berkenaan kembali semula ke dunia.

Jika mereka tidak dapat kembali semula sebelum hari kiamat, maka apalagi sesudahnya, pasti mereka tidak akan berjaya untuk kembali ke dunia selama-lamanya kerana sudah pasti setelah berlaku hari kebangkitan, seseorang itu tidak dapat kembali semula ke dunia kecuali akan tinggal di akhirat untuk selama-lamanya.

‘Tiap-Tiap Diri Akan Merasai Mati, Mati Itu Pasti…’ Apa Sebenarnya Maksud Alam Barzakh?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker