Pengundi Muda, BN mendahului kempen di media sosial

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) melancarkan jentera pilihan raya dan mengumumkan penggunaan kempen secara dalam talian atau ‘online’ di media sosial bagi menjaya kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu langkah proaktif dan bijak susulan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sekarang.

Penganalisis politik dan pakar geostrategis, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, BN berbuat demikian kerana sudah dapat meramalkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengumumkan SOP kempen lebih ketat pada PRN Johor berikutan kes harian Covid-19 kini mencecah lebih 7,000 kes baharu, pada Jumaat.

Azmi yang juga Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) berkata, beliau melihat UMNO/BN membuat persediaan awal untuk mengadakan kempen besar-besaran secara ‘online’ terutama untuk mendekati lebih 700,000 pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun yang pertama kali akan mengundi pada PRN Johor kali ini.

“Saya meramalkan SPR dan KKM akan mengumumkan SOP kempen PRN Johor mungkin sama seperti di Melaka atau lebih ketat bagi mengurangkan risiko jangkitan kes Covid-19 terutama varian Omicron yang lebih mudah dan cepat merebak jika kempen secara tradisional seperti ceramah besar-besaran dan kempen dari rumah ke rumah diteruskan seperti biasa.

“Jika SPR dan KKM mengumumkan SOP lebih ketat atau sama seperti di Melaka maka langkah itu akan memberikan kesan sama ada kepada BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) atau mana-mana gabungan parti politik lain atau calon bebas.

“Oleh itu, bagi saya kemenangan mana calon dan parti dalam PRN Johor adalah bergantung kepada keberkesanan kempen secara ‘online’ dan undi lebih 700,000 pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun yang pertama kali mengundi dalam pilihan raya kali ini,” katanya kepada Sinar Premium pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Jumaat, yang menggesa jentera BN supaya menjadikan media sosial sebagai platform utama untuk mendekati pengundi dalam PRN Johor akan datang.

Ahmad Zahid juga mengingatkan jentera parti itu supaya bekerjasama antara satu sama lain kerana pengundi mahu melihat isu-isu dijawab segera.

“Jangan guna kempen konvensional tapi gunakan kempen-kempen melalui media sosial. Kita berikan kuasa untuk mengkoordinasikan kempen ‘nonverbal communication’ atau kempen tanpa lisan kepada BN bersama Penerangan UMNO Malaysia dan semua jentera penerangan parti-parti komponen.

“Pengundi mahu melihat aktiviti berjalan ikut SOP (prosedur operasi standard) (COVID-19). Gunakan media sosial sebagai medium pertama dalam berkempen untuk PRN Johor,” katanya ketika berucap melancarkan Jentera BN Pusat Operasi Zon Barat Johor di Stadium Tertutup Kompleks Sukan EduCity di Johor.

Penganalisis politik merangkap Pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, tindakan BN mahu memberi tumpuan kepada kempen menerusi media sosial dan ‘online’ kerana mereka sudah menjangka SPR akan mengumumkan SOP lebih ketat menjelang PRN Johor nanti susulan penularan wabak Covid-19 jenis varian Omnicron.

Malah, Mohd Izani berkata, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan bahawa KKM masih memperhalusi SOP kempen PRN Johor berikutan peningkatan kes harian penularan Covid-19 yang mencecah lebih 7,000 kes, semalam.

“UMNO sudah menjangkakan kes Covid-19 mungkin terus meningkat dan mengambil keputusan untuk menumpukan kempen secara atas talian dan media sosial. Jadi bagi saya ini adalah langkah proaktif diambil UMNO bagi memastikan keselamatan pengundi dan jentera parti.

“Malah, saya rasa kempen secara ‘online’ dan menerusi media sosial kerana sasaran utama UMNO sekarang adalah pengundi muda terutama mereka berusia 18 hingga 21 tahun susulan pelaksanaan undi-18 dan pendaftaran pengundi secara automatik yang pertama kali berlaku di PRN Johor kali ini.

“Jadi saya nampak salah satu faktor dan kenapa BN/UMNO memberikan tumpuan kepada kempen menerusi media sosial adalah pelaksanaan undi-18 dan kemungkinan pelaksanaan kempen PRN lebih ketat,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Izani berkata, kempen menerusi media sosial dan ‘online’ berkenaan agak terbatas kepada generasi muda dan pengundi di kawasan bandar dan pinggir bandar sahaja kerana masih banyak lokasi di Johor mungkin tidak mempunyai akses kepada internet seperti di luar bandar serta pengundi warga emas.

“Biarpun begitu BN/UMNO mahu pun parti lain tiada pilihan lain ketika ini kerana besar kemungkinan kaedah kempen seperti biasa seperti perhimpunan secara besar-besaran dan kempen bersemuka mungkin diharamkan untuk kempen PRN Johor kali ini.

“Jadi kempen secara ‘online’ menerusi media sosial adalah kaedah paling selamat dan berkesan daripada kempen secara fizikal dan bersemuka seperti sebelum ini,” katanya.

Pengundi Muda, BN mendahului kempen di media sosial


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker