Tian Chua, Maria, Ambiga sertai PBM?
Tian Chua, Maria, Ambiga sertai PBM?
Tian Chua, Maria Chin Abdullah dan Ambiga Sreenavasan, menafikan khabar angin mereka akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), selain senada menggambarkan perkara berkenaan sebagai mengarut dan tidak berasas.
Tian yang juga Naib Presiden PKR, berkata dakwaan seperti itu sengaja dihebahkan.
“Nonsense (mengarut). Dakwaan ini tidak berasas dan tidak logik.
“Bagi saya, tidak logik untuk sertai PBM sekarang. Saya tidak ikut semasa ‘Gerakan Sheraton’ dan sehingga sekarang masih memihak kepada Pakatan Harapan (PH),” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Dalam pada itu, bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga, berkata desas-desus itu palsu dan tidak berasas sama sekali.
“Saya tidak dapat bayangkan dari mana desas-desus ini timbul. Saya langsung tidak berminat untuk masuk mana-mana parti politik dan sangat terkejut dengan berita ini,” katanya.
Menurut laporan sebelum ini, Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad, berkata ramai yang menyatakan minat untuk menjadi ahli termasuk dari parti lain.
Menurutnya, ada nama-nama besar yang turut menyatakan hasrat untuk menyertai parti tersebut namun tidak dapat didedahkan ketika ini.
Pada masa ini, Presiden PBM ialah Mohamad Sukri Yusri, manakala Ahli Parlimen Julau, Larry Sng sebagai Timbalan Presiden.
Beberapa nama seperti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamarudin, turut dikaitkan untuk mengetuai parti tersebut.
Sementara itu, dalam laporan sama, berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria, menegaskan dakwaan kemasukan ke PBM mengarut.
“Tidak betul, saya rasa lebih bagus hentikan sahaja berita palsu seperti ini kerana saya tidak akan sertai mana-mana parti.
“Mereka hendak saya ‘react’ sahaja, jangan harap berita palsu ini akan berhenti,” katanya. FMT
Tian Chua, Maria, Ambiga sertai PBM?
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.