Anak Jatuh Bangunan Ketika Keluarga Sedang Tidur-Bapa

Anak Jatuh Bangunan Ketika Keluarga Sedang Tidur-Bapa

Bapa seorang kanak-kanak perempuan terkejut apabila dimaklumkan anak perempuannya terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Langkawi, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memberitahu, bapa mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika dia dan keluarga sedang tidur.

Menurut beliau, bapa kanak-kanak perempuan itu mendakwa hanya menyedari kejadian apabila dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang berada di bawah blok kedai.
“Sebelum itu, kami menerima maklumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenai kejadian kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun 11 bulan jatuh dari tingkat empat bangunan deretan kedai kira-kira jam 8.15 pagi,”katanya pada Rabu.

Shariman berkata, susulan itu, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menghala ke tempat kejadian.

Tambah beliau, mangsa seterusnya di bawa ke Hospital Sultanah Maliha oleh ambulan dan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami luka kecederaan di beberapa bahagian.

“Antaranya bahagian pinggul, paha sebelah kanan, sakit pada bahagian dada dan kecederaan pada hidung,”katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, pemeriksaan lanjut Mesin Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan) masih belum diperolehi.

Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan berdekatan sebuah hotel di Langkawi, pada Rabu.

Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Fadzullah Mohd Noor memaklumkan, mangsa yang berusia 12 tahun itu telah diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Langkawi.-SH

Anak Jatuh Bangunan Ketika Keluarga Sedang Tidur-Bapa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker