Hanya juara mingguan layak ke konsert akhir FD3

Hanya juara mingguan layak ke konsert akhir FD3

Selepas tujuh minggu bersaing merebut peluang ke pentas akhir program realiti berkonsepkan kekeluargaan TV3, Famili Duo musim ketiga (FD3), akhirnya hanya tiga daripada enam pasangan dipilih selepas persembahan konsert separuh akhir, malam kelmarin.

Penerbit Eksekutif FD3, Muhamad Sufian Che Isa, berkata tiga pasangan yang dipilih adalah mereka yang pernah bergelar juara mingguan atau Duo Terbaik sepanjang tujuh minggu bersaing, termasuk mengambil kira markah keseluruhan berjaya dikumpul.



Sufian menjelaskan, pihaknya sepakat memilih pasangan yang pernah menjadi juara mingguan, disebabkan itu hanya tiga pasangan yang berjaya mara ke final FD3 selepas melakukan perbincangan.

“Sebenarnya, kami melihat persembahan enam pasangan ini secara keseluruhan dan pemilihan untuk ke final dibuat berdasarkan juara mingguan.

“Jadi, mereka yang terpilih untuk ke final adalah pasangan yang pernah bergelar juara mingguan. Bagi kami, sekiranya ada pasangan keempat yang mara ke final, ia kurang adil.

“Sebab tiga lagi pasangan tidak pernah bergelar juara mingguan, jadi sekiranya kami bawa satu daripada pasangan ini ke final dan mereka bergelar juara keseluruhan, jadi kami berasakan ia kurang adil.



“Selepas mengadakan perbincangan, kami rasa tidak adil untuk pasangan yang belum pernah menjadi juara mingguan, tapi berpeluang menjadi juara keseluruhan FD3,” katanya pada sidang media selepas berakhir konsert FD3 separuh akhir yang disiarkan secara langsung dari Studio TV3, Glenmarie, Shah Alam, malam kelmarin.

Terdahulu, hanya tiga pasangan yang berjaya melangkah ke pentas akhir iaitu pasangan adik-beradik, Syaiful dan Sharif; Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu) serta Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik).

Syaiful dan Sharif mendahului dengan 399.4 markah, manakala Haqiem dan Ariff di kedudukan kedua (368.6) dan tempat ketiga menjadi milik Adira dan Emma (365.2).

Tiga pasangan tidak berjaya mara ke peringkat akhir adalah pasangan suami isteri, Fuad Rahman dan Tom (342.6), Shila Amzah dan Syahir Amzan (310.7) dan satu Ryan Bakery dan Adam Bakery (308.7).



Keputusan diumumkan hos, Izzue Islam dan Janna Nick selepas dinilai juri tetap, Ajai dan Mas Idayu.

Justeru, ketiga-ketiga pasangan yang berjaya mara ke peringkat akhir bakal bersaing dalam dua pusingan iaitu bertemakan bebas dan lagu duet popular untuk dipersembahkan, Ahad depan.

Pada masa sama, Sufian berkata, pihaknya sudah berbincang menetapkan beberapa langkah yang boleh dengan mengambil kira apa yang bakal berlaku.

Justeru, katanya, keputusan hanya membawa tiga pasangan ke konsert akhir FD3 adalah langkah sudah dibincangkan bersama.



“Sekiranya salah satu daripada tiga pasangan yang tidak mara itu bergelar juara mingguan pada konsert separuh akhir, kemungkinan akan ada empat finalis. Tapi malangnya, tiada antara mereka yang menang.

“Disebabkan tidak berlaku, jadi kami mengambil keputusan membawa tiga pasangan ke peringkat akhir iaitu mereka yang sudah pernah bergelar juara mingguan.

“Bagi saya, persaingan kali ini lebih terbuka. Saya tidak mahu pasangan keempat yang dipilih ke final itu hanya akan mengisi tempat keempat sahaja.

“Dengan tiga finalis yang dipilih, peluang itu jadi sama rata, malah masing-masing mempunyai peluang bergelar juara,” katanya.



Sementara itu, Ajai menjelaskan, FD3 adalah satu pertandingan, justeru penilaian juri, sama ada terhibur atau tidak termasuk melihat kepada kreativiti, persembahan dan vokal.

“Penjurian pada peringkat separuh akhir sudah tentu berdasarkan kepada prestasi setiap pasangan. Ia sudah bermula sejak minggu pertama lagi kerana markah yang diperoleh setiap pasangan akan dibawa ke minggu seterusnya sehinggalah separuh akhir.

“Jadi, pasangan yang berjaya tunjukkan prestasi baik sejak minggu pertama diberi peluang untuk layak ke final. Cuma pemarkahan pada final adalah perkiraan baharu yang tidak mencampurkan markah daripada minggu terdahulu,” katanya.

Konsert akhir FD3 yang dijadual berlangsung pada Ahad depan menyaksikan setiap finalis bakal bersaing merebut hadiah utama wang tunai berjumlah RM100,000.



Terdahulu, Adira dan Emma meraih gelaran Duo Terbaik pada konsert FD3 separuh akhir bertemakan Hip Hop/Dance.

Adira dan Emma membawa lagu Side To Side nyanyian asal Ariana Grande dengan baik, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Sebelum ini, Adira dan Emma pernah meraih gelaran Duo Terbaik pada konsert minggu ketiga.

Adira dan Emma mengumpul 61.5 markah meninggalkan lima pasangan lain iaitu Fuad dan Tom yang beroleh 53.4 markah; Haqiem dan Ariff (53.0); Syaiful dan Sharif (48.1); Shila dan Syahir (46.0) serta Ryan dan Adam (39.0).

FD3 dibawakan khas oleh penaja utama, OGAWA dengan penaja bersama, Elegant Cosmetics dan rakan penaja, Centrum Multivitamin. BH

Hanya juara mingguan layak ke konsert akhir FD3

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker