Tamat kerjasama dengan Pas, MCA hormat pendirian UMNO Kelantan

KOTA BHARU – MCA Kelantan selaku parti gabungan dalam Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan UMNO untuk menamatkan kerjasama dengan Pas di negeri ini berkuat kuasa 23 Januari lalu.

Pengerusinya, Chua Hock Kuan berkata, setiap parti mempunyai kuasa autonomi masing-masing untuk membuat keputusan dalam menentukan hala tuju.

“Kami (MCA Kelantan) mengikut keputusan di peringkat pusat yang masih kekal menjadi komponen BN. Baik di masa susah atau senang, MCA tetap setia bersama BN,” katanya semasa diminta mengulas tindakan UMNO Kelantan yang memutuskan hubungan kerjasama dengan Pas pada Ahad.

Sebelum itu, beliau turun padang mengagihkan angpau dan limau kepada masyarakat Tiong Hua, Melayu dan India menjelang sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar bandar ini sambil diiringi tarian singa.

Hock Kuan berkata, semangat setia kawan itu telah diterjemahkan semasa BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Katanya, semangat itu terus kekal sehingga hari ini.

Pada 22 Januari lalu, UMNO Kelantan mengambil keputusan memutuskan kerjasama dengan Pas Kelantan melalui Muafakat Nasional (MN) berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, ketetapan tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas selepas pertemuan bersama Pas negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas Pas tetap menjalinkan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tamat kerjasama dengan Pas, MCA hormat pendirian UMNO Kelantan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker