Taman tema air di Ipoh gagal patuhi SOP disiasat Polis

TANGKAP layar rakaman video tular sekumpulan pengunjung beriadah di sebuah taman tema di Tambun yang didakwa gagal patuh SOP.– Foto MEDIA SOSIAL

IPOH – Polis sedang meneliti video tular yang memaparkan aktiviti riadah sekumpulan pengunjung di sebuah taman tema di Tambun yang dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud ketidakpatuhan SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, beberapa fakta berkaitan kejadian tersebut sedang diteliti selain mengenal pasti individu dalam rakaman video berkenaan.

“Kita telah mengesan satu video tular yang didakwa berlaku di Ipoh, semalam di mana semakan dengan pihak pengurusan taman tema itu mendapati kejadian tersebut berlaku antara pukul 1 hingga 6 petang, Sabtu lalu.

“Menurut pihak pengurusan taman tema itu, kapasiti kolam di premis berkenaan boleh memuatkan seramai 500 orang pada satu-satu masa dan semasa kejadian, kapasiti pengunjung tidak sampai 50 peratus,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi mengenai video tersebut yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Terdahulu, beberapa video tular di media sosial dengan memaparkan sekumpulan pengunjung beriadah di dalam kolam sebuah taman tema hingga mendapat perhatian umum kerana didakwa gagal patuh SOP. – K! ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker