Polis kenal pasti punca kejadian pekerja maut terjatuh lubang lif

Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah ruangan lif pusat beli-belah di sini pada Sabtu.

KUALA LUMPUR – Polis mengenal pasti punca kejadian seorang pekerja penyelenggaraan yang ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat dua ruangan lif di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati mangsa tergelincir ke dalam ruangan lif semasa memijak tong sampah besi yang digunakan sebagai alas pada jam 11.55 pagi, Jumaat.

“Kejadian itu tidak disedari oleh orang lain kerana lif tersebut tidak di gunakan dan bukan berada di laluan pengunjung,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Muhammad Idzam berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.07 pagi, Sabtu.

“Mangsa berusia 32 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah ruangan lif pusat beli-belah berkenaan.

“Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa dan pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang hadir di tempat kejadian telah mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya.

Muhammad Idzam berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau balai polis yang berdekatan,” katanya.

Polis kenal pasti punca kejadian pekerja maut terjatuh lubang lif


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker