Kerajaan pantau ajaran sesat `mimpi’ Muhammad Qasim
Kerajaan pantau ajaran sesat `mimpi’ Muhammad Qasim
Kerajaan sedang memantau sekiranya ada individu atau kumpulan yang terlibat dengan penyebaran ajaran ‘mimpi’ Muhammad Qasim di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pemantauan itu dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama negeri masing-masing bagi mengesan penyebaran ajaran berkenaan.
Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut memantau segala perbualan menerusi emel dan aplikasi WhatApps jika terdapat unsur-unsur yang berkait dengan ajaran tersebut.
“Kita lihat wujud kepercayaan sebegitu seperti ajaran mimpi Muhammad Qasim sejak akhir-akhir ini. Ia menunjukkan masyarakat tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.
“Mereka dilihat mula berkreativiti dengan sesuatu amalan dan meletakkan agama sebagai ‘wajah’, namun kelompok ini masih lagi dalam kawalan daripada melakukan perkara menyimpang daripada ajaran Islam sebenar,” katanya selepas diminta mengulas mengenai penyebaran ajaran ‘mimpi’ Muhammad Qasim yang didakwa mula dikembangkan di dalam negara ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis beramah mesra dan menyampaikan sumbangan buah limau mandarin kepada masyarakat Tiong Hua di kampung Pulau Belanga di sini semalam.
Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, kerajaan sentiasa berusaha menyekat penyebaran ajaran-ajaran sesat di negara ini.
Katanya, meskipun kelompok itu masih kecil kerajaan mengambil langkah awal dengan membendung perkara tersebut daripada terus menular.
“Jangan terlalu ghairah mencari jalan pintas untuk mendapat kedudukan yang tinggi dalam agama sehingga kita menyimpang dari hakikat bergama yang sebenar.
“Nasihat saya, Islam perlu berpegang kepada ketulenan ajaran Islam yang berlandaskan al-Quran, sunah dan mengikut mazhab yang diiktiraf sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah,” ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan, sebuah kumpulan yang mula bertapak di negara ini didakwa mengajak orang ramai mempercayai seorang lelaki dari Pakistan menerusi mimpinya berkaitan akhir zaman.
Kumpulan dikenali sebagai Gerakan Akhir Zaman (Gaza) yang berasal dari Indonesia itu dipercayai membuat persiapan akhir zaman berdasarkan mimpi Muhammad Qasim yang mendakwa hanya mengikut kehendak Allah S.W.T. K Online
Baca Artikel Menarik :
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis