Kembar mengaku pembunuh sebenar selepas 20 tahun
CHICAGO, ILLINOIS – Seorang lelaki dari Chicago yang menjalani hukuman penjara selama hampir 20 tahun atas kesalahan membunuh akhirnya dibebaskan beberapa tahun selepas saudara kembar seirasnya membuat pengakuan bahawa dia merupakan pembunuh yang sebenar, lapor stesen penyiaran NBC News kelmarin.
Kevin Dugar yang dipenjarakan atas jenayah yang tidak dilakukannya pada 2003 itu dibebaskan dari penjara daerah Cook pada Selasa lepas.
“Hakim membenarkan pembebasannya sementara menunggu perbicaraan semula dengan ikat jamin yang ditandatangani. Dia akhirnya boleh menghirup udara di kawasan terbuka dan menjadi seorang lelaki yang bebas selepas hampir 20 tahun,” kata peguam Dugar, Ronald Safer.
Dugar sebelum ini disabitkan dengan dakwaan menembak mati seorang ahli kumpulan penjenayah yang melepaskan tembakan terhadap tiga individu di sebuah kawasan kejiranan di Chicago dalam insiden pada 2003.
Pada 2005, dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 54 tahun. Selama bertahun-rahun, Dugar mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Bagaimanapun, pada 2013, saudara kembarnya, Karl Smith, menulis sepucuk surat kepada Dugar dan membuat pengakuan bahawa dia merupakan pembunuh sebenar bagi kes tersebut.
“Saya perlu meluahkan apa yang terpendam di dalam dada ini. Saya ingin berterus terang dan berdoa agar kamu dapat memaafkan saya,” kata Smith dalam surat tersebut.
Dia kemudian menandatangani sekeping dokumen kenyataan bersumpah yang mengakui melakukan jenayah tersebut dan menghubungi peguam Dugar.
Pengakuan tersebut pada awalnya disifatkan oleh hakim sebagai tidak boleh dipercayai serta Dugar turut dinafikan haknya untuk menjalani perbicaraan semula.
Ini kerana Smith pada ketika itu sedang menjalani hukuman penjara 99 tahun bagi satu kes pencerobohan sebuah rumah yang menyebabkan seorang kanak-kanak ditembak di bahagian kepala. – AGENSI
Kembar mengaku pembunuh sebenar selepas 20 tahun
Baca Artikel Menarik:
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
z