Tun Salahuddin meninggal dunia
Tun Salahuddin meninggal dunia
BEKAS Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 100, meninggal dunia pada 11.47 malam ini di Pusat Perubatan Normah di Kuching akibat sakit tua.
Perkara itu disahkan oleh menantu Allahyarham, Wan Ibrahim Omar kepada Bernama.
Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang namun waktunya belum diputuskan.
Tun Salahuddin, yang lahir pada 27 Ogos 1921, menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014.
Allahyarham merupakan individu pertama yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali.
Pada 2000, Tun Salahuddin menjadi pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak kerana penyandang jawatan itu Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak dapat menjalankan tugas kerana jatuh sakit.
Tun Ahmad Zaidi meninggal dunia pada Disember 2000 yang menyaksikan Tun Salahuddin dilantik semula secara tetap ke jawatan itu pada Februari 2001 dengan penggalnya berakhir secara rasmi pada 28 Feb 2014. Utv
Tun Salahuddin meninggal dunia
Baca Artikel Menarik :
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis