PH mahu temui Muda, Warisan rayu kerjasama
Pakatan Harapan (PH) dijadual untuk bertemu parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) esok bagi merundingkan isu pembahagian kerusi di antara mereka.
Ia disahkan kepada Malaysiakini oleh Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah dan Timbalan Pengerusi DAP negeri itu, Teo Nie Ching.
Puah berkata mengikut perancangan pertemuan di antara PH dan Muda itu berlangsung pada jam 3 petang dan ketiga-tiga timbalan pengerusi gabungan akan mengetuai kumpulan perunding masing-masing.
Ditanya mengenai jumlah kerusi yang sedia diberikan PKR kepada Muda, Puah berkata, hal itu bergantung kepada kawasan mana yang diinginkan Muda.
“Kami tak tahu lagi berapa banyak kerusi yang mahu ditandingi Muda dan di mana kawasan tersebut.
“Pertimbangan dan keputusan lanjut hanya akan dibuat selepas kami mendapatkan maklumat berkenaan,” katanya.
Teo pula berharap rundingan di antara PH dan Muda itu dapat diselesaikan secepat mungkin. Bagaimanapun ahli parlimen Kulai itu memberitahu setakat ini tiada tarikh akhir ditetapkan bagi memuktamadkan rundingan berkenaan.
Belum ada kepastian
Berdasarkan persetujuan dicapai ketiga-tiga parti yang menyertai PRN Johor kali ini, PKR dan Amanah mendapat 20 kerusi masing-masing manakala baki 16 kerusi lagi menjadi milik DAP.
Bagaimanapun PKR, Amanah dan DAP boleh memberkan kerusi mereka kepada parti pembangkang lain melalui rundingan yang dijalankan. Parti yang dilihat terbabit dalam rundingan tersebut ialah Muda, Parti Pejuang Tanah Air (Perjuang) dan Warisan.
Sementara itu Pengerusi Muda Johor, Mohd Azrol Ab Rahani, enggan mengesahkan tarikh pertemuan mereka dengan wakil PH. Sebaliknya Mohd Azrol berkata, ia akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina pada Selasa depan.
Dia juga menegaskan memang Muda tidak berhasrat untuk meramaikan calon dalam sesebuah kawasan DUN yang dipertandingkan.
“Kerjasama (dengan PH) belum diputuskan lagi kerana kami tak tahu sama ada perbincangan itu akan berjalan lancar atau tidak.
“Kami cuba untuk berunding bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru. Memang Muda sasarkan beberapa kerusi tapi kami tak pasti kalau PH boleh menerimanya atau tidak.
“Harap-harap semuanya berjalan lancar,” katanya.
Rasa tak puas hati
Mohd Azrol bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerusi yang disasarkan Muda. Cuma dia mengakui salah satu kerusi yang menarik perhatian parti itu ialah Puteri Wangsa.
“Ada kemungkinan yang besar. Kami akan bincangkannya (dengan PH),” katanya.
Untuk rekod dalam PRU ke-14 lalu kerusi DUN Puteri Wangsa dimenangi Mazlan Bujang yang mewakili Bersatu – dan PH – namun dia semalam mengumumkan langkahnya meninggalkan parti tersebut.
Mazlan disebut-sebut akan kembali ke pangkuan Umno. Pun begitu, dia menegaskan untuk tidak akan bertanding dalam PRN kali ini.
Beberapa hari lalu Ketua Wanita PKR Johor Napsiah Khamis menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila kerusi Puteri Wangsa diperuntukkan kepada Amanah.
Sebelum ini Muda cuba menyertai PRN Melaka menggunakan lambang PH tetapi rundingan di antara kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman selepas PKR dan Amanah mengambil dua bekas Adun Umno mewakili mereka.
Sementara itu parti Warisan sedang mengkaji kemungkinan untuk menyertai persaingan di Johor dan tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calon mereka buat kali pertama di Semenanjung Malaysia.
“Dalam politik semuanya berkemungkinan,” katanya.
Berdasarkan data pada 2018, lebih daripada 10,000 pengundi di kawasan parlimen Pasir Gudang adalah penduduk yang berasal dari Borneo, termasuk beberap ribu orang Sabah.
Ditanya jika Warisan berminat bertanding di Johor, Wong mengesahkan kawasan selatan negeri itu adalah antara kawasan yang disasarkan mereka.
Ada dua kerusi DUN di bawah parlimen Pasir Gudang iaitu Johor Jaya dan Permas.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Pejuang Johor Nornekman Osman berkata parti itu kekal dengan keputusan mereka untuk bergerak secara solo buat masa ini.
Pun begitu katanya keputusan muktamad hanya akan dibuat pemimpin di peringkat pusat.
Sebelum ini parti terbabit mengumumkan rancangannya untuk meletakkan calon di 42 daripada 56 kerusi DUN Johor.
Jika memang Pejuang tidak menjalin kerjasama dengan PH, PRN Johor akan datang mungkin akan melibatkan sekurang-kurangnya pertandingan empat penjuru.
Selain Pejuang, parti lain yang hampir pasti akan bertanding ialah PH, Perikatan Nasional dan BN.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 9 Feb ini bagi menentukan tarikh PRN di Johor.
PH mahu temui Muda, Warisan rayu kerjasama
Baca Artikel Menarik:
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis