JPJ kesal tohmahan akaun Twitter Edisi Khas

JPJ kesal tohmahan akaun Twitter Edisi Khas

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kesal dengan tohmahan dan memandang serius kenyataan dimuat naik pemilik akaun Twitter, Edisi Khas yang mendakwa terdapat pegawai JPJ terbabit dalam ‘sindiket lesen terbang’.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim berkata, tohmahan itu secara langsung mencalarkan imej dan reputasi jabatan berkenaan.



Menurutnya, tindakan susulan dari segi siasatan akan dijalankan dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Cyber Security dalam mengesan pemilik akaun di media sosial yang menjalankan operasi sindiket penipuan (scam) ini bagi membendung jenayah siber ini daripada terus berleluasa.

“Sementara itu, pelbagai pendekatan juga dilaksanakan oleh pihak JPJ dalam mengekang pembabitan warga kerja JPJ daripada terbabit dengan aktiviti yang tidak berintegriti ini.

“Antara inisiatif itu adalah pembangunan sistem yang mewajibkan pengesahan ID (pengenalan diri) penyelia atau pegawai kanan sebelum sebarang transaksi pengeluaran Lesen Memandu (LMM) dilaksanakan serta pemantauan dan pengauditan urus niaga melalui garis panduan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zailani berkata, JPJ juga ingin menegaskan bahawa pihaknya sesekali tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku yang membabitkan warga kerja JPJ yang membabitkan integriti, salah guna kuasa dan rasuah khususnya dalam aktiviti lesen terbang seperti yang didakwa oleh pemilik akaun Twitter berkenaan.



“JPJ menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk tawaran seumpama ini (lesen terbang) yang secara jelas tidak mengikut prosedur dan peraturan serta undang-undang seperti yang digariskan oleh pihak JPJ,” katanya.

JPJ kesal tohmahan akaun Twitter Edisi Khas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker