Tarif elektrik tak dinaikkan – Ismail

Tarif elektrik tak dinaikkan – Ismail

Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik lebih sembilan juta pengguna domestik, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Susulan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan untuk meneruskan pemberian subsidi sebanyak lebih RM700 juta supaya pengguna domestik tidak terkesan.

Pada 9 Januari lalu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengeluarkan kenyataan berhubung semakan semula tarif elektrik yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dengan umumnya menganggap akan berlaku kenaikan.

Tanggapan itu diperkuat oleh kenyataan menteri berkenaan, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa tarif baharu untuk tempoh tiga tahun akan datang ‘tidak membebankan rakyat’ selain memberi manfaat khusus kepada hampir 85 peratus daripada sembilan juta pemilik akaun domestik di seluruh negara.

Takiyuddin berkata, kadar tarif elektrik negara ini bagi tempoh 2022 sehingga 2024 akan dilaksanakan tidak lama lagi, selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Kabinet sebanyak enam kali berhubung perkara berkenaan.

Jumlah keseluruhan pengguna elektrik di seluruh negara dianggarkan seramai sembilan juta dengan 85 peratus daripadanya adalah pengguna domestik, manakala bakinya adalah pengguna komersial dan industri. BH

Tarif elektrik tak dinaikkan – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker