Orang lain pinjam ahlong, jiran pula terima padah

Orang lain pinjam ahlong, jiran pula terima padah

Iskandar Puteri: “Engkau tunggu saja, makin banyak yang cabar, makin teruklah rumah.” Itu ugutan diterima seorang tukang besi selepas kediaman dan kereta keluarganya disimbah cat merah di Taman Pulai Jaya di sini, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Azhar, 40, berkata, dalam kejadian antara 12 hingga 12.30 tengah malam kelmarin, dia dan ahli keluarga terkejut mendengar jeritan jiran berulang-kali.

Menurutnya, apabila meninjau di luar rumah, dia melihat dua individu menaiki motosikal beredar dari rumahnya selepas melemparkan botol berisi cat.

Katanya, dia terkilan apabila mendapati kereta keluarga Proton Saga dan tembok pagarnya dicemari simbahan cat merah, selain terdapat nota ditinggalkan.

“Nombor rumah saya lain, sebaliknya nota itu mencatatkan nombor rumah jiran yang tidak berpenghuni hampir setengah tahun.

“Saya tidak menolak kemungkinan ia adalah angkara ceti haram dan mereka serang salah sasaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azhar berkata, apabila menghubungi nombor yang dicatat di nota berkenaan menerusi WhatsApp, individu dipercayai sindiket ceti haram memintanya mengesan bekas jiran.

“Malah individu berkenaan juga ugut tunggu saja kerana keadaan akan lebih buruk sekiranya saya semakin mencabarnya.

“Menyedari saya berkongsi kisah menimpa keluarga di facebook (FB), individu berkenaan menyatakan saya mencari masalah untuk diri sendiri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kangkar Pulai di sini, semalam.

Azhar berkata, kejadian itu mengakibatkan dia terpaksa menanggung kerugian RM5,000 selain khuatir dengan keselamatan ahli keluarga.

“Orang lain yang meminjam, kami pula terima musibah. Harapan saya adalah supaya pihak berkuasa meningkatkan rondaan berkala berikutan kawasan perumahan ini agak sunyi.

“Individu yang melakukan perbuatan berkenaan seharusnya dikesan dan dikenakan tindakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan.

“Kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi. HM

Orang lain pinjam ahlong, jiran pula terima padah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker