Ubah basikal roda tiga jadi kedai kopi
Ubah basikal roda tiga jadi kedai kopi
SEREMBAN: Mahu mencari kelainan, seorang pemuda menggunakan konsep basikal beroda tiga untuk memulakan perniagaan menjual kopi sejak tiga minggu lalu.
Zulhazman Zainal Abidin, 29, berkata, sejak dia memulakan kedai kopi yang dikenali sebagai Ko.Ko.Kopi di hadapan rumahnya iaitu di Taman Seri Pagi, Senawang, dekat sini, sambutan yang diterima cukup baik.
“Saya mula belajar membuat kopi menerusi Youtube sejak bulan Februari tahun lalu kerana isteri gemar mencuba kopi di banyak kedai. Saya ambil keputusan menyertai kursus barista anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada Oktober tahun lalu.
“Saya mahu mencuba konsep berbeza dan mendapat idea menjadikan basikal roda tiga sebagai tempat membancuh kopi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurut Zulhazman, basikal roda tiga itu diubah suai oleh seorang rakannya dengan kos sebanyak RM1,800.
“Saya banyak lihat konsep basikal roda tiga ini melalui laman sosial Pinterest dan idea dari luar negara. Banyak juga saya menggunakan barangan terpakai untuk membuat basikal roda tiga ini.
“Modal awal sebanyak RM8,000 dikeluarkan bagi memulakan perniagaan ini. Saya juga ada menerima bantuan daripada Kemas selepas menyertai kursus barista tahun lalu,” kata bapa kepada dua anak itu.
Katanya, kopi dijualnya pada harga serendah RM6 sehingga RM8 dengan Salted Caramel dan Matcha sering menjadi pilihan pelanggan.
“Alhamdullilah perniagaan yang diusahakan sejak tiga minggu lalu agak baik dan boleh mendapat jualan sebanyak RM2,000 pada minggu pertama perniagaan.
“Ketika ini, saya mempunyai tugasan hakiki pada waktu malam, jadi saya membuka kedai ini pada waktu petang iaitu bermula pukul 2 hingga 6 petang selama enam hari seminggu,” katanya yang bekerja secara kontrak dalam bidang penyelenggaraan. Utusan
Ubah basikal roda tiga jadi kedai kopi
Baca Artikel Menarik :
- Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
- Zuhdi gesa segerakan PRU
- Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!
- Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO
- Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis
- Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya – Anuar Zain
- Afdlin bakal bertanding di Dun Johor?
- PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
- PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?
- PRNJohor: PAS tolak tawaran UMNO, mahu bersama PN
- Tanah mendap: 17 premis diarah henti sementara operasi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun
You must be logged in to post a comment.