UAE Bakal Benarkan ‘Perjudian’, Umum Kontrak Berbilion Dolar Dengan Syarikat Kasino Dari AS

UAE Bakal Benarkan ‘Perjudian’, Umum Kontrak Berbilion Dolar Dengan Syarikat Kasino Dari AS

Jenama kasino besar Amerika Syarikat, Wynn Resorts bakal melebarkan perniagaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) – negara yang sebelum ini tidak membenarkan aktiviti perjudian. Syarikat yang bertapak di Nevada sebelum ini mengumumkan bahawa perjanjian berbilion dolar dengan UAE bakal menyaksikan syarikat itu membuka hotel mewah dengan 1,000 bilik, 10 restoran dan kemudahan ‘perjudian’ di bandar Ras al-Khaimah.

Pengumuman ini dibuat seiring dengan kenyataan Lembaga Kemajuan Pelancongan Ras al-Khaimah yang memperkenalkan bahagian baharu, dipanggil Jabatan Hiburan dan Peraturan Perjudian, yang akan mengawal selia ‘resort bersepadu’ yang merangkumi operasi hotel, ruang hiburan, restoran, spa, kedai runcit, kawasan konvensyen dan aktiviti ‘perjudian’.

Menurut laporan media antarabangsa, sehingga kini pihak Ras al-Khaimah tidak mengulas lanjut mengenai ‘perjudian’ yang dimaksudkan oleh mereka. Persoalan yang timbul adakah perjudian yang bakal diperkenalkan di UAE berbentuk pertaruhan dengan wang tunai.

“Resort bersepadu yang baru diumumkan itu masih dalam fasa reka bentuk awal dan dijangka siap menjelang 2026,” kata kenyataan daripada Marjan, pemaju Ras al-Khaimah yang terlibat dalam perjanjian itu, menurut Associated Press. “Ini sahaja butiran yang boleh diberikan [kepada umum] pada peringkat ini.”

UAE, yang terkenal dengan bangunan pencakar langit yang tinggi, pusat beli-belah bersaiz besar dan padang pasir, sering dibandingkan dengan Las Vegas — kecuali beberapa perbezaan besar iaitu agama rasmi UAE ialah Islam yang melarang perjudian.

Walaupun pengambilan alkohol dan peraturan memakai bikini di pantai sudah dibenarkan di beberapa negara di Timur Tengah, namun aktiviti perjudian masih belum mendapat tempat di beberapa negara di sana. Jika UAE membenarkan aktiviti perjudian dilaksanakan, ia akan menjadi satu langkah besar dalam mencapai misi pembaharuan liberalisasi.

“Rantau ini menawarkan potensi yang sangat besar untuk industri perhotelan dan pelancongan, dan kami teruja dengan prospek membangunkan resort bersepadu di Ras Al Khaimah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Wynn Resorts yang baru dilantik, Craig Billings dalam satu kenyataan akhbar. Beliau menyifatkan Pulau Al Marjan, tempat resort itu akan dibina, sebagai “suatu persekitaran yang bersih dan lokasi padang hijau yang ideal.”

Ras al-Khaimah ialah bandar yang terletak di utara UAE. Bandar ini kini sedang dalam usaha untuk menaikkan industri pelancongan sambil bersaing dengan ibu kota lain. Wynn Resorts pula terkenal dengan kasino dan hotel mewah yang terletak di bandar-bandar besar seperti Las Vegas dan Macau. Vc

UAE Bakal Benarkan ‘Perjudian’, Umum Kontrak Berbilion Dolar Dengan Syarikat Kasino Dari AS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker