Pejuang bidas PKR tidak ikhlas belagak jadi abang besar
Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang Muda) berpendapat jemputan Majlis Presiden PH baru-baru ini untuk semua parti pembangkang untuk bekerjasama adalah tidak ikhlas.
Naib ketuanya, Nik Fathurahman Nik Rasli berkata, walaupun idea itu, yang disifatkannya sebagai satu “payung besar”, tampak baik dari segi teori dan lunak didendang sebagai panggilan bertindak, ia tidak lebih sekadar retorik politik.
Dia mendakwa ini kerana sikap “abang besar” yang ditunjukkan PKR dan presidennya, Anwar Ibrahim serta “konco-konco reformisnya” menjadi penghalang utama yang menghindari parti pembangkang lain daripada terlibat.
“Ini dibuktikan melalui tindakan PKR yang mahu menggunakan logonya sendiri berbanding logo PH. Malah, saya difahamkan Anwar belum lagi menghubungi mana-mana kepimpinan Pejuang untuk rundingan.
“Kenyataan bersama presiden Amanah dan setiausaha agung DAP hari ini yang seolah-olah kecewa namun terpaksa akur juga adalah petunjuk kejelikan mereka kepada sikap ‘abang besar’ PKR,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kenyataan itu sebagai respon terhadap kenyataan Majlis Presiden PH yang sebelum ini mencadangkan parti-parti pembangkang bekerjasama untuk berdepan pilihan raya negeri (PRN) Johor.
Tambah Nik Fathurahman, panggilan ‘payung besar’ ternyata hanya halwa mulut.
“Anwar mahu strategi ‘payung besar’ gagal, justeru dengan sengaja mencari jalan bagi mensabotaj idea yang asalnya datang dari DAP dan Amanah.
“Berani saya katakan juga, bahawa PKR atau Anwar mahu keseluruhan struktur dan kewujudan PH itu gagal,” katanya lagi.
Pejuang bidas PKR tidak ikhlas belagak jadi abang besar
Baca Artikel Menarik:
- Wanita jumpa mainan aneh dalam jajan kanak-kanak
- Abu Syafiq Tawar Kerja Di Mekah, Ramai Yang Berminat
- PAS dan UMNO. “Tenanglah saudaraku. Tamatkanlah persengketaan ini – Nasrudin Tantawi
- Perluas sistem solar PV bantu penjimatan bil elektrik rakyat
- Pejuang bidas PKR
- Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama
- Bersatu mahu ‘tamatkan’ Umno, henti pujuk kami kerjasama – Najib
- Vida mohon maaf gelar Anuar Zain gay
- Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000
- Ajak berkawan tapi macam musuh menyerang – Shahril
- Harimau masuk kampung sebab sakit, bukan pembalakan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”