Varian Omicron ada kembar tiga
Varian Omicron ada kembar tiga
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa varian Omicron yang sedang mengganas di seluruh dunia mempunyai empat jenis yang berbeza, lapor akhbar The Sun UK, semalam.
Versi pertama Omicron yang diketahui ialah B.1.1.529 dan dilabel sebagai varian kebimbangan oleh WHO.
Ini kemudiannya berkembang menjadi dua strain, dengan BA.1 menjadi sangat mudah ditularkan, merebak ke 171 negara dan menyebabkan pertikaian semula mengenai penarikan sekatan Covid-19.
Kini, BA.2 dan BA.3 telah dilog sebagai sub-varian baharu dalam keluarga Omicron.
Kumpulan ini mempunyai banyak mutasi yang sama seperti Omicron dengan kadar kes semasa sangat rendah, terutamanya untuk BA.3.
Terdapat 426 kes BA.2 ditemui di England sejak 6 Disember dengan London menduduki tempat teratas dengan 146 kes.
“Walaupun garis keturunan BA.1 sebelum ini menjadi yang paling dominan, trend terkini dari India, Afrika Selatan,Britain dan Denmark mencadangkan bahawa penularan BA.2 semakin meningkat mengikut kadar.
“Pendahulu transmisi selain BA.2 sedang disiasat tetapi hasilnya belum dapat disahkan,” demikian menurut laporan WHO.
Data terbaharu daripada Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) mendapati ia boleh merebak lebih cepat daripada Omicron asal, tetapi lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memastikan hal tersebut. K Online
Varian Omicron ada kembar tiga
Baca Artikel Menarik :
- Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
- Zuhdi gesa segerakan PRU
- Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!
- Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO
- Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis
- Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya – Anuar Zain
- Afdlin bakal bertanding di Dun Johor?
- PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
- PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?
- PRNJohor: PAS tolak tawaran UMNO, mahu bersama PN
- Tanah mendap: 17 premis diarah henti sementara operasi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)
Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun