Tanah mendap: 17 premis diarah henti sementara operasi [VIDEO]
SHAH ALAM – Sebanyak 17 premis komersial berhampiran kawasan runtuhan tebing longkang utama di Jalan LP1A Lestari Perdana Bandar Putra Permai, Seri Kembangan diarahkan memberhentikan sebarang operasi buat sementara waktu.
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, arahan itu dikeluarkan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan atas nasihat Jabatan Kejuruteraan MBSJ dan bomba.
Menurutnya, pemilik premis juga diminta tidak berada berhampiran kawasan sehingga keadaan disahkan selamat.
“Kenderaan yang diparkir di kawasan tersebut juga diminta untuk dialihkan segera ke tempat lebih selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pasukan Pantas MBSJ bersama agensi keselamatan lain memantau lokasi runtuhan tebing longkang utama di Jalan LP1A Lestari Perdana Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada Selasa.
Beliau berkata, MBSJ akan melaksanakan kerja-kerja pengukuhan tebing serta-merta bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk.
Selain itu, katanya, pihaknya juga akan mengenal pasti punca runtuhan dan merangka pembaikan segera.Mengulas mengenai kejadian itu, Azfarizal berkata, pasukan Pantas MBSJ menerima maklumat mengenai kejadian tebing longkang runtuh itu daripada pihak bomba pada jam 7 malam dan bergegas ke lokasi.
“Tebing runtuh sepanjang 90 meter dengan ketinggian sembilan meter melibatkan kawasan tempat letak kereta dan sebahagian jalan.
“Semasa kejadian terdapat lima kenderaan terlibat di dalam runtuhan tersebut tetapi tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
- Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
- ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
- 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
- Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
- Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
- Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
- Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
- Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
- Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
- Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU,NET
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari