Peja mengaku Muda mampu goyang Bersatu

Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mengakui anak muda daripada parti Iatan Demokratik Malaysia (Muda) boleh memberi ancaman kepada parti politik lain khususnya ekoran pembaharuan pilihan raya yang menampilkan Undi18.

Bagaimanapun Ahmad Faizal berpendapat tidak mudah untuk mereka mengalahkan kerajaan sekarang walaupun dengan adanya Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik.

“Apabila diberi peranan, sudah tentu mereka (anak muda) bersemangat. Memang benar Muda boleh menjadi ancaman, bahkan mungkin kepada semua parti politik.

“Tetapi kita harus sedar bahawa golongan belia juga mempunyai kepentingan dalam parti lain – termasuk dari Perikatan Nasional (PN) dan NM – maka semua pihak boleh memberi impak (melalui Undi18),” katanya pada program di RTM, semalam.



Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menjadi pilihan raya pertama untuk pengundi remaja serta warganegara yang didaftarkan secara automatik mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan berlaku peningkatan 30 peratus pengundi baru di negeri itu dengan pelaksanaan pembaharuan berkenaan.

Pas mahu jadi pendamai antara UMNO, Bersatu

Dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat, pilihan raya mengejut akan menjadi ujian penting bagi pelaksanaan Undi18, pendaftaran pengundi automatik serta parti baru seperti Muda dan Pejuang.

Malah dijangkakan Muda akan meletakkan calon buat kali pertama di Johor, khususnya pengasas parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga ahli parlimen Muar.



Mengulas idea calon pilihan raya perlu berumur di bawah 65 tahun, Ahmad Faizal berkata keupayaan calon untuk melaksanakan tugas mereka harus menjadi keutamaan.

“Saya tidak bersetuju mengehadkan umur calon. Ia tidak bermakna jika mereka masih muda tetapi mereka tidak boleh melakukan kerja, tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Sabtu lepas memperkenankan permohonan Menteri Besar Hasni Mohammad untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

SPR akan mengumumkan tarikh pilihan raya pada 9 Feb.



Peja mengaku Muda mampu goyang Bersatu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker