Tol percuma 4 hari sempena Aidilfitri

Tol percuma 4 hari sempena Aidilfitri

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian tol selama empat hari sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tol dikecualikan dari 19 April hingga 21 April (Rabu hingga Jumaat), dan pada 24 April (Isnin depan), meliputi 33 lebuh raya dan semua kelas kenderaan.

Perdana menteri turut mengumumkan hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk menyambut Aidilfitri.

“Sekiranya 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April, maka kerajaan menetapkan Isnin, 24 April sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Bagaimanapun, sekiranya 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 22 April, maka kerajaan menetapkan Jumaat, 21 April sebagai hari kelepasan am tambahan,” katanya.

Sebelum ini, cuti umum untuk Aidilfitri ditetapkan sementara pada Sabtu, 22 April.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tol percuma 4 hari sempena Aidilfitri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker