Jangan terlalu berharap Omicron bakal akhiri pandemik Covid-19
Jangan terlalu berharap Omicron bakal akhiri pandemik Covid-19
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran adalah ‘bahaya untuk menganggap varian Omicron akan menjadi pencetus kepada pengakhiran pandemik Covid-19’.
Tedros Adhanom Ghebreyesus sebaliknya menegaskan, semua negara di seluruh dunia perlu kekal komited dalam mengurangkan penularan jangkitan dan barulah ‘impian menamatkan pandemik’ dapat dicapai.
“Adalah bahaya untuk kita berfikir dan menganggap Omicron bakal menjadi varian Covid-19 terakhir yang muncul dan pandemik pun berakhir.
“Di sebalik banyak pihak yang beranggapan demikian, tanpa kita sedari varian baharu Covid-19 boleh muncul tanpa kita sedari,” katanya.
Ghebreyesus menyatakan, biarpunn Omicron menyebabkan jumlah kes jangkitan dunia mencecah 350 juta, varian itu tidak menyebabkan komplikasi yang serius berbanding Delta, selain dibantu dengan pelaksanaan suntikan vaksinasi.
Beliau menasihatkan, pandemik Covid-19 sudah pun masuk tahun ketiga dan adalah penting untuk meneruskan langkah pencegahan bagi memastikan fasa kritikal dapat dilalui segera.
“Kita tidak boleh biarkan fasa kritikal ini berlangsung terlalu lama sebab banyak negara sudah penat, termasuk masyarakat,” ujarnya.
Sebelum itu, Ketua WHO Eropah, Hans Kluge menyatakan Omicron mungkin boleh menamatkan pandemik Covid-19 di benua itu memandangkan banyak penduduknya sudah dijangkiti Covid-19 dan membentuk imuniti kelompok.
Sementara itu, Ghebreyesus mengingatkan supaya kebanyakan negara memaksimumkan strategi dan peralatan keperluan seperti kit ujian serta vaksinasi sentiasa mencukup bagi menamatkan ‘kecemasan kesihatan global’ tahun ini. Utusan
Jangan terlalu berharap Omicron bakal akhiri pandemik Covid-19
Baca Artikel Menarik :
- Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
- ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
- 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
- Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
- Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
- Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
- Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
- Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
- Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
- Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari
You must be logged in to post a comment.