BN Johor tumpu guna media sosial hadapi PRN

BN Johor tumpu guna media sosial hadapi PRN

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor akan menumpukan penggunaan media sosial, terutama Facebook serta TikTok, untuk mendekati dan menarik perhatian golongan pengundi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata itu antara pendekatan bagi menangani peningkatan besar jumlah pengundi muda negeri ini, susulan pendaftaran automatik Undi18.

Beliau berkata, pertambahan signifikan jumlah golongan muda yang akan kali pertama mengundi itu memerlukan pelaksanaan strategi berbeza daripada sebelum ini.

“UMNO dan BN sudah mula menggunakan media sosial secara meluas sejak PRN Melaka lagi.

“Selain Facebook dan TikTok, kita juga akan menggunakan keseluruhan platform media sosial untuk menyantuni pengundi, khususnya golongan muda susulan pengenalan Undi18.

“Kita melihat pengundi, khususnya golongan muda, cenderung untuk menggunakan Facebook dan TikTok berbanding medium lain. Justeru, kita akan memberikan tumpuan kempen ke arah itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat BN Comms Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, usaha memperkasakan kempen pada PRN Johor kali ini dilaksana dengan menggunakan media sosial secara lebih meluas susulan jumlah pengundi muda kini mencecah hampir 750,000.

“Ia menjadikan pengundi di negeri ini meningkat kepada 2.5 juta berbanding hanya 1.8 juta pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memaklumkan, kesemua 26 bahagian UMNO Johor telah bersiap sedia bagi mengaktifkan bilik gerakan menghadapi PRN kali ini.

“UMNO juga sudah menyiapkan segala bahan penerangan sebagai persediaan kempen, terutama penjelasan pelbagai isu supaya ia dapat disampaikan secara berkesan kepada pengundi nanti,” katanya.

Seterusnya, Dr Adham berkata, UMNO Johor perlu meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), supaya menjadi garis panduan bagi melancarkan jentera parti untuk berkempen.

“Kita berharap SPR akan memperincikan dari aspek sekatan dan kebebasan penggunaan medium media sosial.

“Ini kerana akaun TikTok dikendalikan Puteri UMNO Johor telah menerima 10 laporan sehingga disekat sementara, sedangkan kandungan video yang dimuat naik membabitkan penjelasan isu semasa dan tidak berunsur provokatif,” katanya.

Justeru, beliau berkata, SPR serta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu. BH

BN Johor tumpu guna media sosial hadapi PRN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker