Bantuan geran kepada usahawan mikro terkesan banjir – PM

Bantuan geran kepada usahawan mikro terkesan banjir – PM

KERAJAAN pertimbang memberikan bantuan berbentuk geran bagi meringankan beban ditanggung usahawan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir.

Pada masa sama, bantuan kewangan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan juga sedang dalam pertimbangan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.



Keputusan tersebut dicapai secara prinsip dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan Perdana Menteri, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kementerian dan agensi berkaitan serta Dewan-Dewan Perniagaan bagi memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dibentangkan untuk pertimbangan kerajaan.

“Lawatan susulan ke lokasi yang dikenal pasti akan diadakan bagi memastikan program bantuan banjir PMKS sampai ke kumpulan sasaran.

“Insya-Allah, saya akan mengumumkan inisiatif ini setelah diperhalusi dan dimuktamadkan.



“Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia kekal terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan telah pun memperkenalkan pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia berjumlah RM1.4 bilion bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat banjir.

Menurut beliau, ia merangkumi bantuan tunai, pembaikan rumah dan fasiliti awam.

Sebagai tindakan seterusnya, Ismail Sabri berkata, mesyuarat EAC itu telah membincangkan secara terperinci mengenai impak banjir ke atas perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk peniaga informal.



Katanya, Jabatan Perangkaan; Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM); Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM); Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Bersekutu Malaysia (MAICCI) serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah berkongsi impak banjir.

“Mereka turut mencadangkan beberapa tindakan bagi membolehkan PMKS bangkit semula.

“Mesyuarat turut mendengar keluhan daripada dua orang usahawan PMKS dari Taman Sri Muda, Shah Alam dan Taman Sri Nanding, Hulu Langat yang terjejas teruk bagi mendapatkan gambaran sebenar kerugian, kesan dan masalah yang mereka hadapi,” jelas beliau. Utv

Bantuan geran kepada usahawan mikro terkesan banjir – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker