PRN Johor, Muafakat Nasional tangguh pertemuan

JOHOR BAHRU: Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan UMNO negeri ini yang sepatutnya berlangsung pada hari ini telah ditangguhkan ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, sehubungan itu pihaknya berharap tarikh baharu bagi pertemuan antara kedua-dua parti berkenaan akan ditetapkan dalam waktu terdekat.

“Sepatutnya pertemuan itu berlangsung hari ini, tetapi, ia ditangguhkan terlebih dahulu, mungkin kerana Pengerusi UMNO Johor (Datuk Hasni Mohammad) sedang sibuk.

“Bagaimanapun, kita akan menunggu tarikh baharu untuk pertemuan itu diadakan, harapnya dalam tempoh beberapa hari ini dan bukan terus dilupakan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Pas Johor, di sini hari ini. Turut hadir, Timbalannya, Dr. Karim Deraman.

PRN Johor: Anwar mahu semua parti pembangkang bersatu dibawah PH

Sementara itu, Abdullah memberitahu, pihaknya turut menghormati pendirian Hasni yang mahu Barisan Nasional (BN) Johor bertanding secara solo dalam PRN Johor, namun, keputusan itu tertakluk kepada pimpinan tertinggi kedua-dua pihak.

“Hasni selaku pimpinan tertinggi UMNO negeri boleh membuat kenyataan itu, tetapi, keputusan muktamad hanya boleh diputuskan oleh pimpinan tertinggi Pas dan juga UMNO.

“Ini kerana BN Johor dan UMNO Johor juga terikat dengan keputusan peringkat pusat, sama seperti Pas Johor, jadi soal kerjasama dalam PRN akan datang kita serahkan kepada mereka (pusat) tentukan.

“Tetapi, apa yang saya tahu, ketika ini masih ada ruang untuk kami menjalin kerjasama dalam PRN sekaligus menubuhkan kerajaan negeri yang diyakini akan dapat memberi manfaat kepada rakyat dan pembangunan negeri Johor,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker