Pemandu Honda Civic maut, kereta terputus dua

Pemandu Honda Civic maut, kereta terputus dua

Ampang Jaya: Pemandu Honda Civic maut selepas kenderaan dibawanya terputus dua dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) Pandan Perdana menghala Cheras, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan yang turut membabitkan sebuah lagi kenderaan iaitu Perodua Myvi itu berlaku jam 10.40 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Honda Civic yang dalam perjalanan dari Pandan Indah ke Pandan Perdana tidak dapat mengawal kenderaannya selepas memotong Perodua Myvi.

“Ia menyebabkan pemandu Honda Civic hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di lorong paling kanan.

“Akibat kemalangan, Honda Civic itu terputus dua dan pemandunya tercampak keluar dari kenderaannya, Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu Honda Civic iaitu lelaki berusia 33 tahun meninggal dunia disebabkan kecederaan teruk di kepala, manakala penumpangnya iaitu lelaki berusia 39 tahun cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pemandu Perodua Myvi iaitu lelaki berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 (Pindaan) 2020. HM

Pemandu Honda Civic maut, kereta terputus dua


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker