Obesiti: Malaysia negara paling tinggi di Asia Tenggara
Obesiti: Malaysia negara paling tinggi di Asia Tenggara
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kadar obesiti negara ini adalah tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 15.6 peratus.
KKM memberitahu, jumlah itu mengatasi Brunei yang mencatatkan 14.1 peratus dan diikuti Thailand 10 peratus dan dan Indonesia sebanyak 6.9 peratus.
Menurut KKM, data tersebut diambil berdasarkan Laporan Semakan Populasi Dunia 2019.
Dalam pada itu, KKM juga memberitahu, menerusi Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada tahun 2019, kira-kira 50.1 peratus rakyat negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Berdasarkan data itu juga, satu dalam setiap dua rakyat dewasa negara ini sedang mengalami masalah obesiti.
Jelas KKM, prevalen berlebihan berat badan dalam kalangan orang dewasa adalah 30.4 peratus pada tahun 2019 dan ia meningkat secara mendadak sejak 1996.
“Bermula 1996, peratusan obesiti hanya 4.4 peratus dan ia meningkat lebih tiga kali ganda dengan menjadi 14 peratus pada tahun 2006 dan terus meningkat kepada 17.7 peratus pada 2015. Pada tahun 2019 pula mencatatkan 19.7 peratus.
“Tinjauan turut menunjukkan peningkatan prevalen diabetes dalam kalangan orang dewasa iaitu daripada 11.6 peratus pada tahun 1996 kepada 15.2 peratus pada 2006 dan 17.5 peratus pada tahun 2015, manakala pada tahun 2019 naik kepada 18.3 peratus,” kata KKM.
Sementara itu, berdasarkan NHMS 2019 juga, kira-kira 3.9 juta penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai penyakit diabetes.
“Prevalen diabetis paling tinggi dikesan di Negeri Sembilan iaitu kira-kira 33.2 peratus.
“Ia kemudian diikuti di Perlis sebanyak 32.6 peratus dan Pahang pula mencatatkan sebanyak 25.7 peratus,” ujarnya. K Online
Obesiti: Malaysia negara paling tinggi di Asia Tenggara
Baca Artikel Menarik :
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- Shame on you BAM, netizens react over Zii Jia’s 2 years ban
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Nynaa Harizal Cerita Sebenar Kenapa Pilih Suami
- Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai
Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA
You must be logged in to post a comment.