Mustahil tawan Selangor tanpa kerjasama Umno, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri

Mustahil tawan Selangor tanpa kerjasama Umno, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri

PAS Selangor akan meneruskan kerjasama dengan Umno untuk menawan negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekali pun persoalan mengenai penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional masih berterusan, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Shafie Ngah membayangkan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi itu berkata, kenyataan Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa PAS tidak boleh bersama Umno dalam MN sekiranya parti itu tetap berkeras menolak Bersatu harus diimbangi dengan penerimaan PAS negeri masing-masing.



“Ikut keadaan negeri masing-masing. Paling penting muafakat ummah mesti didahulukan. Sekiranya parti atau NGO lain sehaluan dengan kita, boleh turut serta,” katanya.

“Di atas kertas, soal PRU, kalau kita tak bersama (Umno) kita takkan dapat Selangor. Kita kena bekerja untuk jayakan muafakat ummah,” kata beliau kepada FMT.

Pada masa sama, Shafie menerima pendirian PAS Pusat bahawa Bersatu juga berperanan dalam merealisasikan perpaduan ummah.

Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) yang kemudiannya dijenamakan sebagai Pakatan Harapan (PH) sejak 2008 dan dilihat sebagai kubu kuat PKR, DAP dan Amanah.



Hadi sebelum ini menuduh Umno melanggar piagam MN kerana menolak penyertaan Bersatu dalam gagasan itu yang ditubuhkan pada 2019.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Nov lalu, PAS memilih untuk bersekutu dengan Bersatu, namun parti Islam itu tewas di semua lapan kerusi yang ditandinginya manakala Umno menang selesa untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Shafie berkata, langkah Umno beberapa negeri termasuk Kelantan menolak kerjasama dengan PAS lebih berupa strategi untuk menghadapi pilihan raya.

“Negeri-negeri lain itu ada pandangan mereka sendiri, saya percaya itu berbentuk taktikal pilihan raya. Taktik ini akan disesuaikan mengikut negeri masing-masing.



“Tujuannya ialah nak menang PRU dan memenangi hati pengundi. Jadi apa yang dibuat di negeri lain itu sesuai dengan demografi dan ‘pattern’ pengundi di negeri tersebut,” katanya.

Di Selangor, Shafie berkata, PAS dan Umno negeri komited untuk terus bergabung di bawah payung MN dbagi memastikan agenda muafakat ummah tercapai.

“Setakat ini tiada ‘move’ yang lain melainkan yang satu ini (MN) sahaja. Setakat ni kita (PAS Selangor) sudah adakan beberapa pertemuan (dengan pemimpin Umno negeri) dan komitmen (kerjasama) itu sentiasa diperbaharui setiap masa,” katanya.

Semalam, Pengerusi Umno Selangor Noh Omar berkata, pihaknya mahu meneruskan kerjasama dengan PAS negeri, walaupun Umno Kelantan mengambil pendirian sebaliknya.



Noh akur kerjasama Umno-PAS penting untuk menawan Selangor daripada PH.

Beliau berkata demikian setelah Umno Kelantan mengumumkan parti itu tidak akan meneruskan kerjasama dengan PAS negeri yang masih menjalin kerjasama dengan Bersatu.

Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob berkata, parti itu, menerusi Barisan Nasional (BN) akan menentang PAS di semua kerusi DUN dan parlimen di negeri itu. FMT

Mustahil tawan Selangor tanpa kerjasama Umno, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai



Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker