PRN Johor: Pengundi muda lebih 700,000 orang
JOHOR BAHRU – Jumlah pengundi di negeri ini mencatatkan pertambahan kira-kira 28 peratus dengan pertambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran Undi18.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini menjadikan jumlah pengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meningkat kepada kira-kira 2.5 juta pengundi berbanding 1.8 juta pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Beliau berkata, dengan peningkatan itu, berlakunya pertambahan antara 20 hingga 30 peratus di kesemua 56 kawasan DUN di negeri ini.
“Kita sedia maklum mengenai perkara ini malah sudah bersedia untuk menghadapinya sebagai cabaran dalam kancah politik. Bahkan semua Ahli Parlimen sudah ditaklimatkan mengenai jumlah pengundi yang diwartakan.
“Pendaftaran pengundi (Undi18) termasuk pengundi pertama kali telah bermula sejak Disember lalu dan diwartakan pada 16 Januari ini.
“Jumlah pengundi itu akan bertambah setelah pendaftaran pengundi (Undi18) diwartakan secara automatik dan akan dikemas kini setiap 16hb,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini. -K! ONLINE
PRN Johor: Pengundi muda lebih 700,000 orang
Baca Artikel Menarik:
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- Shame on you BAM, netizens react over Zii Jia’s 2 years ban
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Nynaa Harizal Cerita Sebenar Kenapa Pilih Suami
- Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai