Kemas perinci garis panduan petugas aktif politik – PM
Kemas perinci garis panduan petugas aktif politik – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan memperincikan garis panduan kebenaran bergiat aktif dalam politik membabitkan petugasnya.
Perdana Menteri berkata, garis panduan tersebut nanti akan memperincikan segala aspek termasuk berkaitan jawatan politik bagi memastikan ia tidak menjejaskan tugas hakiki mereka.
“Saya hanya umumkan kebebasan golongan pendidik seperti guru dan petugas Kemas untuk kembali bergiat aktif dalam politik sebagai mana rakyat lain.
“Segala perinciannya akan tentukan oleh Kemas, cuma saya berharap ia jangan menjejaskan tugas hakiki mereka,”katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri menyatakan golongan pendidik seperti guru dan petugas Kemas dibenarkan bergiat aktif dalam politik berkuat kuasa serta-merta.
Ismail Sabri dilaporkan berkata serentak dengan itu pekeliling terdahulu yang memberi amaran dan menyekat golongan pendidik daripada berpolitik sudah tidak terpakai.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, kebenaran berpolitik pernah diberikan kepada golongan pendidik namun semasa Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara perkara itu disekat.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, beliau berharap pihak Kemas akan segera memperincikan garis panduan tersebut.
“Kemas sudah pun ada peraturan. Jadi lihat kembali peraturan sedia ada dan buat perubahan atau penambahbaikan,” ujarnya. K Online
Kemas perinci garis panduan petugas aktif politik – PM
Baca Artikel Menarik :
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- Shame on you BAM, netizens react over Zii Jia’s 2 years ban
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Nynaa Harizal Cerita Sebenar Kenapa Pilih Suami
- Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai
Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA