Tiga Dos Vaksin Sinovac COVID-19 Berkesan Ke Atas Omicron Melalui Kajian Terbaru
Tiga Dos Vaksin Sinovac COVID-19 Berkesan Ke Atas Omicron Melalui Kajian Terbaru
Data penyelidikan terbaharu diterbitkan Sinovac Biotech Ltd menunjukkan bahawa tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 menghasilkan antibodi peneutral yang lebih tinggi dalam 95 peratus penerima berbanding 3.3 peratus pada dos kedua terhadap varian yang dibimbangi (VOC), termasuk Omicron.
Jurucakap Sinovac Biotech Ltd Pearson Liu dalam kenyataan dikeluarkan Pharmaniaga Berhad hari ini berkata penyelidikan itu memberi jaminan bahawa vaksin tidak aktif, iaitu antara vaksin paling banyak digunakan di seluruh dunia, kekal berkesan memerangi COVID-19.
Menurut kenyataan itu, penyelidikan tersebut yang dikongsikan di jurnal perubatan bioRxiv, telah dijalankan di China dengan memeriksa tindak balas imun CoronaVac (Sinovac) ke atas 120 peserta.
Kenyataan itu menyebut daripada 323 antibodi tersebut, lebih 300 antibodi menunjukkan aktiviti pembunuhan yang memadai ke atas kebanyakan VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI), dan penyelidikan juga menunjukkan majoriti antibodi tersebut mempunyai keupayaan untuk bertindak balas dengan domain pengikat reseptor (RBD) Omicron.
Ia menambah kira-kira sedozen antibodi menunjukkan kesan peneutralan langsung dan sangat kuat untuk varian Omicron, dengan antibodi tersebut melaksanakan peneutralannya dengan menyekat secara terus interaksi antara virus dan sel manusia.
“Ini membuktikan bahawa dos penggalak vaksin Sinovac COVID-19 akan mengaktifkan sel T terhadap varian Omicron, dengan cara yang sama dengan strain asal,” menurut kenyataan itu.
Pharmaniaga Berhad ialah syarikat farmaseutikal terkemuka milik kumpulan syarikat Boustead Holdings Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, yang kedua-duanya merupakan pemegang saham utama.- BERNAMA
Tiga Dos Vaksin Sinovac COVID-19 Berkesan Ke Atas Omicron Melalui Kajian Terbaru
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- Shame on you BAM, netizens react over Zii Jia’s 2 years ban
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Nynaa Harizal Cerita Sebenar Kenapa Pilih Suami
- Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh
Layari Laman Facebook MYKMU</a
MPKj Turun Papan Tanda Jawi ‘Terbalik’ Setelah Teruk Dikecam Netizen