Najib, Anwar doakan kesembuhan Mahathir

Najib, Anwar doakan kesembuhan Mahathir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendoakan Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) diberikan kesembuhan.

“Mendoakan aafiyah buat @chedetofficial dan semoga keluarganya terus diberi kecekalan dan kekuatan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Selain Anwar, Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak turut sama mendoakan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya dan turut berkongsi kenyataan anak sulung Mahathir, iaitu Marina yang memaklumkan mengenai keadaan bapanya.

“Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik,” kata Najib.

Menurut Marina, bapanya yang kini dirawat di CCU IJN dalam keadaan stabil.

“Sejak dua hari yang lepas, Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Jan 2022.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan tersebut. Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, timbul dakwaan Mahathir berada di CCU dalam keadaan membimbangkan.

Susulan itu, Jurucakap IJN mengesahkan Ahli Parlimen Langkawi itu sedang menerima rawatan di pusat berkenaan.

Najib, Anwar doakan kesembuhan Mahathir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker