‘Mereka lebih selesa dengan Bersatu’, Umno Kelantan putus kerjasama dengan PAS



‘Mereka lebih selesa dengan Bersatu’, Umno Kelantan putus kerjasama dengan PAS

Umno Kelantan hari ini memutuskan kerjasama dengan PAS negeri.

Perkara itu diumumkan Ketua Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob, sambil memaklumkan penamatan kerjasama itu berkuat kuasa serta merta.

Katanya, keputusan itu dibuat memandangkan PAS masih menjalankan kerjasama dengan Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

“PAS lebih selesa dengan Bersatu apabila berada dalam gabungan PN yang didaftar dan sah,” katanya pada sidang media.




Beliau berkata, walaupun tidak lagi bekerjasama dengan PAS, Umno akan tetap memberikan sokongan kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar, Ahmad Yakob.

“Selagi PAS pusat beri sokongan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, maka selama itu tujuh ADUN Umno Kelantan akan sokong kerajaan PAS Kelantan, dan akan membiarkan (PAS) mengurus pentadbiran negeri tanpa sebarang tekanan.

“Saya boleh beri jaminan walaupun ada perbahasan di DUN Kelantan tapi akhirnya saya yakin tujuh ADUN BN akan beri sokongan kepada usul akan dibawa kerajaan PAS,” katanya.

Jazlan berkata, keputusan tidak bekerjasama itu dibuat selepas mencapai kata sepakat daripada pimpinan Umno negeri susulan mesyuarat khas dengan pimpinan PAS negeri di kediaman rasmi Menteri Besar hari ini.

PAS Kelantan ketika pertemuan dengan Umno negeri meminta mereka menangguhkan hasrat memutuskan hubungan itu, bagaimanapun Jazlan berkata Umno tidak lagi boleh bersabar.




“Ini bukan saja keputusan badan perhubungan, tetapi ia juga keputusan ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan yang sekian lama melihat dan memerhatikan kedudukan politik Umno, PAS dan lain-lain parti di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, selepas ini jika PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu, Umno negeri akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan dan mereka akan akur sekiranya perlu bekerjasama semula dengan parti Islam itu.

Katanya, Umno Kelantan menerusi Barisan Nasional akan bergerak secara solo bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 dan akan menentang PAS.

“Semua 45 DUN dan 14 Parlimen di Kelantan kita akan bertanding,” katanya.

Keputusan Umno Kelantan memutuskan hubungan dengan PAS menyusul selepas Umno Terengganu terlebih dahulu berbuat demikian sebelum ini.




Pada PRU lalu Umno memenangi tujuh daripada 45 kerusi DUN Kelantan. FMT

‘Mereka lebih selesa dengan Bersatu’, Umno Kelantan putus kerjasama dengan PAS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi



Leave a Reply

Your email address will not be published.