Doktor didakwa masukkan air mani ke dalam cawan air teh wanita

Doktor didakwa masukkan air mani ke dalam cawan air teh wanita

LONDON – Seorang pengamal perubatan di England didakwa di mahkamah kerana dituduh memasukkan air mani miliknya ke dalam cawan air teh sebelum memberikannya kepada seorang wanita untuk diminum, lapor akhbar Metro UK semalam.

Dr. Nicholas Chapman, 54, digantung daripada tugasnya di Pusat Kesihatan North Curry, Somerset, England, ekoran dakwaan tersebut, kata majistret.

Mangsa dikatakan menemui bahan asing itu pada bahagian dasar cawannya selepas menghabiskan minuman itu pada 13 September tahun lepas.

Menurut pihak pendakwa raya, insiden tersebut dilaporkan kepada polis tiga hari kemudian.

Suspek bagaimanapun menafikan dakwaan bagi cubaan menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun untuk terlibat dalam aktiviti seksual dengannya tanpa persetujuan mangsa.

Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan akan dibicarakan di Mahkamah Diraja Taunton pada bulan depan. K Online

Doktor didakwa masukkan air mani ke dalam cawan air teh wanita


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker