Vellfire dijadikan gerai sementara

Vellfire dijadikan gerai sementara

Kebiasaanya kita lihat peniaga atau penjaja di tepi jalan kebiasaannya menggunakan lori atau kereta sebagai ‘gerai sementara’ mereka.

Namun, menerusi satu foto yang dikongsi di laman Facebook, kelihatan seorang peniaga menggunakan kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire sebagai ‘gerainya’.

Difahamkan, foto yang tular tersebut dirakam seorang pengguna jalan raya di sekitar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur, tetapi tidak dapat dipastikan bila tarikh ia dirakam.

Melihat kepada foto berkenaan, peniaga tersebut dipercayai menjual air dan beberapa makanan kering.

“Jarang nampak orang meniaga dengan Vellfire. Meniaga air dan makanan pulak tu, semoga laris jualan akak ni,” tulis hantaran tersebut.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan peniaga tersebut yang menggunakan apa sahaja kenderaan yang ada ketika ini demi mencari rezeki yang halal.

“Selain kereta besar untuk bawa ramai penumpang, kegunaannya juga boleh bawa banyak barang, bagus je guna untuk meniaga, bukan meminta-minta,” tulis Aishey Nafisa Ais Aiman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rafidah Asnizan.

“Zaman Covid, semua rakyat terkesan, struggle (susah) untuk mencari duit menampung keperluan keluarga,” ujarnya. K Online

Vellfire dijadikan gerai sementara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker