PRN Johor: PAS akan ‘bincang’ kerjasama dengan Umno, kata Tuan Ibrahim
PRN Johor: PAS akan ‘bincang’ kerjasama dengan Umno, kata Tuan Ibrahim
PAS membayangkan akan mengadakan kerjasama dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor jika ia diadakan dalam masa terdekat.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu akan berbincang dengan Umno dan rakan politik lain bagi membentuk kerjasama baik.
“Ini rakan saya (Ismail Abd Muttalib- Ahli Parlimen Umno Maran), kita akan adakan perbincangan dengan Umno…komitmen kita sebenarnya dengan Umno dan dengan lain-lain parti masih berjalan dan kita harap mampu adakan kerjasama dengan baik.
“Masing-masing (parti) bersedia, PAS juga bersedia sebab Johor kita biasa masuk bertanding tetapi kerjasama perbincangan itu kita akan teruskan,” katanya pada majlis perasmian Malaysia Recycling Alliance (Marea).
Turut hadir Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Mengulas mengenai masa depan Muafakat Nasional (MN), Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata gagasan politik yang terbina antara PAS dan Umno itu masih berjalan seperti biasa.
“Masih berjalan, kita tidak isytihar bubarkan lagi. Masih ada,” katanya.
Semalam, Menteri Besar Johor Hasni Mohammad ketika berucap pada majlis di Iskandar Puteri dilaporkan memberi isyarat PRN mungkin diadakan dalam masa terdekat.
Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, turut memberi jaminan, jika DUN Johor dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN dalam waktu terdekat, ia tidak akan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Isyarat DUN Johor dibubarkan hangat diperkatakan sejak akhir tahun lalu, apabila beberapa siri mesyuarat berlangsung membabitkan Badan Perhubungan Umno negeri bersama Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan pusat terutama selepas kematian ADUN Kempas, Osman Sapian, pada 21 Dis lalu.
Hasni juga dilaporkan akan mengadakan sidang media khas esok, dengan khabar angin mengaitkan ia akan membawa kepada pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN. FMT
PRN Johor: PAS akan ‘bincang’ kerjasama dengan Umno, kata Tuan Ibrahim
Baca Artikel Menarik :
- Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail
- Menakjubkan! Seekor Rusa Melompat Sebelum ‘Terbang’ Tinggi Ke Udara [VIDEO]
- Unsur mistik dalam kehilangan Kamaliah?
- Khalid serah banglo, penthouse, kereta selepas isteri setuju poligami
- Orang utan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen
- Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal
- Poster man UMNO, awalkan PRU15
- Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam
- Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang
- Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi
- Angkara Pagar Rumah Rupanya Mengundang Sengsara
Layari Laman Facebook MYKMU</a