Lelaki meninggal dunia dalam kereta terkunci

Lelaki meninggal dunia dalam kereta terkunci

TAMPIN: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di tempat duduk sebuah kereta yang berkunci dalam kejadian di pekan Gemencheh, di sini, petang tadi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 6.50 petang dan tiba di lokasi yang hanya dua kilometer pada pukul 6.53 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad, sebaik sahaja tiba, didapati seorang lelaki berusia 57 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta berkenaan.

“Pasukan bomba mengumpil pintu kereta jenis Proton Waja dan membawa keluar lelaki berkenaan.

“Pasukan paramedik yang tiba di lokasi telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norfaizal berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya dan di hantar ke Hospital Tampin untuk tujuan bedah siasat. Utusan

Lelaki meninggal dunia dalam kereta terkunci


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker