Polis guna ujian pertama air kencing ADUN DAP, bukan yang kedua

Polis guna ujian pertama air kencing ADUN DAP, bukan yang kedua

Adalah hak seorang Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Perak untuk membuat ujian kedua air kencingnya, selepas ujian pertama didapati positif dadah ketika ditahan di sebuah pusat hiburan di Perai, dekat sini, 13 Jan lalu.

Namun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pihaknya tidak boleh menguna pakai keputusan itu, walaupun ujian kedua air kencing dibuat lelaki berusia 54 tahun terbabit negatif.



“Polis masih menunggu laporan patologi sampel air kencing ADUN itu bagi memastikan sama ada ia negatif atau positif. Selepas dapat keputusan baru kita tahu macam mana (negatif atau positif), kami juga sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu.

“Berdasarkan laporan berita, beliau telah membuat ujian kedua air kencingnya di sebuah klinik swasta dan ia negatif, itu adalah haknya (untuk buat ujian kedua), siasatan kami berdasarkan keputusan patologi yang dijangka diperoleh dalam tempoh satu hingga tiga bulan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

ADUN Pasir Bedamar Terence Naidu mendakwa ujian kedua air kencing dilakukan di sebuah klinik swasta, iaitu Klinik 02 di Pulau Pinang dan didapati negatif.

Peguamnya, Ramkarpal Singh, dalam kenyataan berkata, ujian itu dilakukan 15 Jan lalu, sehari selepas beliau dibebaskan dengan jaminan polis dan berdasarkan perkembangan tersebut, siasatan lanjut perlu dibuat polis dengan kadar segera demi kepentingan dan keadilan kepada Terence.



Mengulas lanjut, Mustafa Kamal berkata, polis memang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu, termasuk laporan polis yang dibuat ADUN tersebut yang mendakwa minumannya dicampur dengan dadah dan ditambah semasa beliau ke tandas di ruang karaoke.

“Polis menjalankan siasatan selengkap-lengkapnya sebelum kertas siasatan disiapkan dan dihantar kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan patologi 35 lagi individu, termasuk dua anggota polis yang turut positif ketika ditahan dalam serbuan 9 malam itu.

Dua anggota polis yang ditahan dalam serbuan itu adalah anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Pulau Pinang.



Dalam serbuan kira-kira 9 malam di sebuah pusat hiburan di Perai itu, 48 individu ditahan dengan 36 daripadanya berkaitan kes narkotik, manakala 12 lagi berkaitan kes jenayah. FMT

Polis guna ujian pertama air kencing ADUN DAP, bukan yang kedua


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina



Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker