MMA sokong perniagaan beroperasi hingga lepas tengah malam
MMA sokong perniagaan beroperasi hingga lepas tengah malam
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan seorang bekas Menteri menyokong seruan agar perniagaan dibenarkan beroperasi selepas tengah malam, dengan berpendapat, waktu operasi lebih singkat tidak akan membendung penularan Covid-19.
Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata, pematuhan ketat SOP, bukan waktu operasi perniagaan, yang akan mengekang penyebaran virus.
“Jika orang ramai mematuhi SOP, waktu (operasi) perniagaan boleh dilanjutkan. Namun ia perlu dikawal. Pemeriksaan masih perlu dijalankan untuk memastikan SOP dipatuhi,” katanya kepada FMT.
“Virus tidak memilih masa khusus untuk menjangkiti sesiapa, sebaliknya menular apabila wujud peluang, iaitu ketika orang ramai mula leka.”
Koh mengingatkan orang ramai, mereka yang telah lengkap vaksinasi dan menerima dos penggalak masih boleh dijangkiti Covid-19, seterusnya menjangkiti orang lain pula.
“Memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial, menggunakan pensanitasi tangan dan memastikan pengudaraan baik di premis-premis perlu ditekankan,” katanya.
Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye pula berkata, lebih banyak fokus perlu diberikan terhadap mengurangkan kesesakan dalam premis, bukannya mengehadkan waktu operasi perniagaan.
“Lagipun, memandangkan kadar liputan vaksinasi kini tinggi manakala kes harian Covid-19 terkawal, sudah tiba masanya sekatan waktu operasi dimansuhkan.
“Ini akan menjadi konsisten dengan langkah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membenarkan perhimpunan Tahun Baharu Cina dan seruan agar memantau gejala,” katanya.
Pada Ahad, Khairy berkata, SOP Tahun Baharu Cina akan dilonggarkan berbanding tahun lepas, memandangkan ramai telah menerima vaksin.
Tambah Lee, memandangkan negara sedang beralih ke fasa endemik, SOP juga perlu dipermudah bagi mengelak kekeliruan dan ketaksamaan dari segi penguatkuasaan.
Para pemilik restoran di Bangsar menggesa kerajaan membenarkan mereka beroperasi selepas tengah malam, malah turut mendapatkan sokongan bekas Perdana Menteri Najib Razak.
Mereka berkata, peraturan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak menyatakan had waktu operasi bagi restoran, kafe dan pub. Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis masih tidak membenarkan mereka beroperasi selepas tengah malam. FMT
MMA sokong perniagaan beroperasi hingga lepas tengah malam
Baca Artikel Menarik :
- SOP Tahun Baru Cina 2022 dikeluarkan
- Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video)
- Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak – Mufti Perlis
- Najib kecewa MIT pilih Indonesia bukan Malaysia
- Lelaki trauma digoda empat pondan
- Awas keladi kayangan beracun
- Adegan ranjang Jasmine Suraya, itu bukan saya tapi Angel
- Empat Sekeluarga Diserang Gajah Naik Minyak Nyaris Maut [VIDEO]
- Pakai baju saiz XL ke sekolah kerana kesilapan ayah
- Shuk risau isteri semakin cantik selepas tinggal berasingan
- Salji turun di Gurun Sahara
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.