Himpunan Hentikan Penganiayaan Terhadap Najib

Oleh Nurul Aishah

SUDAH sampai masanya kita protes terhadap segala penganiayaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Mahathir dan Pakatan Harapan dikatakan telah mengatur plan penganiayaan dengan punuh sistematik dalam waktu yang sangat lama.

Kini rakyat dapat melihat dengan sejelas-jelasnya bagaimana DS Najib dianiaya apabila beliau seolah-olah dinafikan perbicaraan yang adil. Beliau telah dianiaya, dizalimi, ditindas, dikasari, dikejami serta dinafikan hak dan keadilan.



Sebuah NGO yang dikenali sebagai Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia meminta orang ramai menghadiri perhimpunan bagi ‘menghentikan penganiayaan’ terhadap DS Najib Razak di bangunan PWTC, Kuala Lumpur pada 23 Jan ini.

Pengerusi Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia Syed Muhammad Imran SN Syed Abdul Aziz, berkata bekas perdana menteri itu telah dizalimi dan dinafikan hak mendapat keadilan dalam kes mahkamah yang dihadapinya.

Syed Muhammad Imran juga mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyembunyikan bukti-bukti baru yang boleh membebaskan Najib daripada kesemua tuduhan di mahkamah.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International iaitu bekas anak syarikat 1MDB.



Najib bagaimanapun mengemukakan rayuan keputusan itu di Mahkamah Persekutuan. Selain itu, bekas presiden Umno itu juga menghadapi pertuduhan berkaitan penyelewengan dana 1MDB daripada beberapa anak syarikatnya yang lain.

Menurut Syed Muhammad Imran, perhimpunan itu juga bagi menyatakan kebimbangan rakyat terhadap pelbagai isu semasa termasuk kenaikan kos harga makanan, pengangguran, keperluan untuk pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan isu banjir.

Malah pemimpin NGO itu berkata dia juga telah membuat laporan polis mengenai dakwaan SPRM menyalahgunakan kuasa dengan menyembunyikan bukti-bukti baru, antaranya ‘Laporan Ambank’ yang telah mengaitkan nama-nama besar seperti bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz dan suaminya, Tawfiq Ayman.

Pihak polis juga tidak membuka sebarang kertas siasatan, sebaliknya hanya merujuk kes itu kepada SPRM. Ini sesuatu yang sangat tidak adil terhadap DS Najib.



Penglibatan bekas menteri Nor Mohamed Yakcop yang mengesyorkan penubuhan SRC serta membentangkan kertas Kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan supaya syarikat itu boleh meminjam dana sebanyak RM4 bilion dari KWAP juga tidak dibuka kes sedangkan kes ini dikatakan mampu membersihkan nama DS Najib.

Pendedahan-pendedahan ini semua jelas menunjukkan bahawa Pejabat Peguam Negara, pihak pendakwaan dan agensi-agensi siasatan utama negara telah mengetahui salah laku Tan Sri Zeti Aziz dan Tan Sri Nor Mohd Yakcop sejak tahun 2019.

Oleh itu, Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia akan terus bertindak mengikut saluran undang-undang yang boleh dan dirasakan perlu agar pihak-pihak berkuasa boleh menyiasat jika wujud sebarang usaha oleh pihak-pihak tertentu dalam kerajaan PH dan PN dahulu untuk menyorokkan salah laku kedua-dua tokoh ‘bernama besar’ di atas supaya ia tidak dapat digunakan oleh Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan pembelaan kes-kes mahkamah beliau.

Rakyat yang mahu penganiayaan terhadap Datuk Seri Najib dihentikan perlu turut tampil menyatakan perkara tersebut di media sosial dan di mana-mana sahaja kerana kita sudah tidak mampu hidup dalam kegawatan ekonomi melampau dan ketidakstabilan politik sehingga menyebabkan rakyat dan negara sengsara.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker