Bilut Hills, dusun buah yang menjadi tempat bercuti idaman ramai

Bilut Hills, dusun buah yang menjadi tempat bercuti idaman ramai

LOKASI percutian yang dikelilingi kehijauan alam sekitar yang mendamaikan sering kali menjadi pilihan bagi mereka yang mahu berehat dan lelah berada dalam suasana kota yang penuh sibuk.

Panorama menghijau berserta tiupan angin yang sejuk dan mendamaikan mampu merehatkan minda selepas penat bekerja.

Selepas hampir dua tahun ‘terkurung’ akibat pandemik Covid-19, lokasi percutian yang kembali dibuka menjadikan orang ramai teruja dan tidak sabar untuk kembali bersatu dengan alam sekitar dengan merancang percutian.

Salah satu lokasi menarik yang boleh dikunjungi adalah homestay Bilut Hills yang terletak di Bentong, Pahang.

Penulis beranggapan sukar untuk tidak jatuh cinta dengan lokasi percutian ini yang menjanjikan pemandangan alam sekitar yang cukup memukau.

Menurut pegawai pemasaran Bilut Hills, Siti Hajar Abdul Hamid, premis itu mula membuka pintunya kepada pengunjung pada 2017.

“Bilut Hills mula dibuka kepada pengunjung pada 2017, khususnya buat mereka yang sukakan suasana alam.

“Malah, ketika ini, kami tidak putus-putus menerima tempahan daripada orang ramai yang mahu melepas gian selepas sudah lama tidak bercuti,” katanya.

Tarikan Bilut Hills terletak pada lokasinya yang pada asalnya merupakan sebuah kebun durian seluas 65 ekar.

Ia lantas menjadi konsep utama bagi percutian di Bilut Hills.



Bilut Hills mula dibuka kepada pengunjung pada 2017, khususnya buat mereka yang sukakan suasana alam

Jelas Siti, ketika musim durian, pengunjung bukan hanya dapat menikmati dan menghirup aroma raja buah itu ketika bercuti, malah mereka turut berpeluang membaja dan memetik sendiri buah durian untuk dinikmati bersama keluarga.

Ia semestinya merupakan satu pengalaman yang berbeza, umpama bercuti di dalam kebun durian sendiri.

Jelas Siti, bagi memastikan pengunjung benar-benar menikmati percutian di situ, pihak homestay juga tidak menyediakan kemudahan seperti akses internet dan televisyen.

“Pihak kami sengaja tidak menyediakan kemudahan seperti liputan Wi-Fi dan juga televisyen supaya pengunjung boleh betul-betul menghabiskan masa dengan berbual, makan buah-buahan dan melakukan aktiviti bersama yang tersayang.

“Rata-rata pengunjung menghargainya kerana ini merupakan peluang terbaik buat mereka untuk benar-benar berehat dan bersatu dengan alam,” katanya.

Ketika bukan musim buah-buahan pula, Bilut Hills masih menjanjikan pengalaman percutian menarik melalui aktiviti sukan ekstrem seperti menunggang kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV), mendaki bukit pada waktu pagi sambil melihat matahari terbit dan juga aktiviti flying fox.

Bagi mereka yang kurang menggemari sukan lasak pula, mereka boleh mengunjungi ladang arnab dan menghabiskan masa dengan memberi makanan kepada haiwan comel itu.

Bilut Hills menempatkan 32 buah bilik dengan konsep yang berbeza.

Antaranya termasuk Brick Bungalow, chalet gelas, Colonial House, vila kayu, kotej berkonsepkan dekorasi Inggeris, rumah kampung dan yang terbaharu adalah khemah mewah Mongolia.

“Kesemua bilik adalah daripada konsep yang berbeza-beza bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengunjung.

“Bagi tarikan terbaharu kami iaitu Mongolian tent yang bakal dilancarkan tidak lama lagi pula, ia merupakan tiga unit khemah putih mewah ala ‘glamping’ beserta sebuah khemah jenis suite yang mampu memuatkan seramai lima orang pengunjung dalam satu-satu masa,” katanya.

Tambah Siti, bilik paling disukai pengunjung Bilut Hills adalah bilik jenis chalet gelas kerana pengunjung boleh melihat pemandangan gunung pada sudut 360 darjah.

Harga bilik di Bilut Hills bermula daripada RM350 mengikut jenis dan tempahan boleh dibuat dengan melayari laman web www.biluthills.com.

Bilut Hills, dusun buah yang menjadi tempat bercuti idaman ramai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker