Waspada sindiket ‘fly by night’ – Polis

Waspada sindiket ‘fly by night’ – Polis

KUALA LUMPUR: Polis meminta pengguna dan peniaga berhati-hati dengan kewujudan sindiket penipuan ‘fly by night’ yang dikesan semakin aktif menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Ini susulan kejayaan polis menahan tiga lelaki disyaki terbabit dalam penipuan itu menerusi pembelian 56 botol minuman keras dari sebuah kedai minuman keras di Jalan Klang Lama, di sini, membabitkan kerugian lebih RM79,000, pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak, berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan dalam tangkapan berasingan di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, tangkapan itu ekoran laporan polis dibuat seorang pekerja kedai minuman keras pada 12 Januari lalu selepas menyedari pembayaran secara dalam talian untuk pembelian 56 botol minuman keras dilakukan seorang pembeli tidak diterima.

“Pada 9 Januari lalu, suspek utama berusia awal 40-an ke kedai terbabit membuat tempahan dan mengemukakan slip bank pembayaran palsu kepada mangsa yang culas membuat semakan pembayaran sudah diterima atau sebaliknya.

“Tempahan itu kemudian dihantar kepada suspek melalui khidmat kurier melalui tiga siri penghantaran, namun sehingga 12 Januari lalu, pekerja kedai mendapati bayaran berjumlah RM79,604.40 tiada dalam akaun bank syarikat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semua minuman keras berkenaan daripada pelbagai jenama dengan harga antara RM500 hingga RM15,000 sebotol termasuk minuman keras edisi terhad.

Berikutan itu, katanya, sepasukan anggota dari JSJK Polis Kuala Lumpur membuat tangkapan ke atas tiga lelaki di dua lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang untuk membantu siasatan.

Tangkapan turut dibantu anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Dua suspek berperanan sebagai pembeli dan penghantar kurier, manakala seorang lagi suspek adalah pembeli minuman keras secara tipu.

“Kita turut menemui semula 39 botol minuman keras dianggarkan bernilai RM52,000 dengan sebahagian lagi dipercayai sudah digunakan sendiri oleh suspek utama,” katanya.

Mahidisham berkata, dua suspek iaitu penghantar kurier dan pembeli minuman keras dibebaskan dengan jaminan polis sehingga kertas siasatan dilengkapkan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Suspek utama yang tidak bekerja pula masih direman sehingga Rabu ini dan semakan mendapati dia mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes tipu.

“Hasil soal siasat, dia dipercayai menggunakan satu aplikasi untuk menjana resit bank pembayaran palsu yang digunakan memperdayakan mangsanya dalam kes ini,” katanya.

Pihak polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

Katanya, kes penipuan ‘fly by night’ sebegini dikhuatiri semakin kerap berlaku menjelang sambutan Tahun Baharu Cina terutama membabitkan pembelian barangan untuk sambutan perayaan itu.

“Susulan itu, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan membuat semakan ketika melakukan sebarang transaksi terutama perbankan dalam talian,” katanya. BH

Waspada sindiket ‘fly by night’ – Polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker