Sudah meninggal 17 tahun, jenazah guru mengaji masih utuh, harum



Sudah meninggal 17 tahun, jenazah guru mengaji masih utuh, harum

Proses pemindahan seorang ulama yang dikenali sebagai ustaz Muhya Rudia menjadi topik perbincangan dalam kalangan penduduk setempat di Subang, Jawa Barat.

Hal ini kerana, keadaan jenazah Muhya masih utuh dan berbau harum biarpun dia sudah meninggal dunia sekitar 17 tahun yang lalu.

Seorang daripada murid mengaji Muhya, Ujang Ading menceritakan, ustaz itu mempunyai keperibadian yang sangat baik sepanjang hayatnya.

Selain itu, Muhya juga dihormati oleh penduduk setempat dan sering menghabiskan waktu di masjid serta mengajar mengaji kepada semua golongan termasuk warga emas.




“Ustaz Muhya meninggal dunia selepas solat Asar pada 2004 ketika berusia 70 tahun.

“Selepas solat, ustaz memberitahu darahnya agak tinggi dan tidak berasa selesa sebelum pengsan dan meninggal di rumahnya,” kata Ujang.

Dalam pada itu, penggali kubur yang bertanggungjawab memindahkan jenazah Muhya, Ace Kosasih memberitahu, keadaan jenazah itu masih baik dan tidak hancur.

“Kulit dan tulang jenazah ustaz masih ‘bersatu’ dan jenazahnya tidak berbau busuk.

“Jenazahnya kelihatan seperti sudah diawet dan pemindahan itu dilakukan kerana kawasan kuburnya terletak bersebelahan dengan kandang ternakan kambing biri-biri,” ujarnya. Utusan




Sudah meninggal 17 tahun, jenazah guru mengaji masih utuh, harum


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM



Leave a Reply

Your email address will not be published.