Lelaki Tidur Bawah Landasan LRT Dapat Rumah Baharu

Lelaki Tidur Bawah Landasan LRT Dapat Rumah Baharu

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang tular di media sosial ditemui tinggal di bawah landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di Seri Aman di sini berpindah ke kediaman baharu pada Isnin.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan memaklumkan, lelaki terbabit, Kasturi Daim telah bersetuju untuk menerima bantuan segera melalui inisiatif KPKT.

“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah mengarahkan agar bantuan segera dapat disalurkan melalui inisiatif perumahan di bawah KPKT.

“Justeru itu, KPKT menawarkan sebuah rumah dan beliau menerima dengan hati terbuka, Insya-ALLAH, pasukan KPKT bersama-sama pasukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membantu proses perpindahan ke rumah baharu pada hari ini,” kata kenyataan itu di laman Facebook KPKT pada Isnin.

Pada Ahad, Kasturi dilaporkan terpaksa tinggal di bawah landasan LRT berkenaan selepas tidak lagi mampu untuk membayar sewa rumahnya di Kapar kerana diberhentikan kerja.

Lebih malang, isteri Kasturi juga dilaporkan sedang sakit namun tidak dapat untuk meneruskan proses rawatan di hospital kerana masalah kewangan yang dihadapi mereka.

Dalam pada itu, KPKT turut berterima kasih kepada orang ramai yang berkongsi dan menyalurkan maklumat, serta hadir bagi membantu memudahkan urusan lelaki terbabit.

“KPKT turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang cakna dan ambil berat dalam keresahan dialami Kasturi dan isterinya, KPKT akan lakukan yang terbaik demi Keluarga Malaysia,” kata kenyataan itu.-SH

Lelaki Tidur Bawah Landasan LRT Dapat Rumah Baharu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker