Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib
Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib
Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan mengapa Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dijual sehingga RM35 seunit kepada rakyat.
Beliau mendedahkan kos untuk membuat RFID pula tidak mencecah RM1 bagi seunit teknologi tersebut.
“Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?.
“Dan adakah syarikat Touch N Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smartag yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?, soal Najib di Facebook beliau, hari ini.
Sebelum ini, beberapa pengguna jalan raya mengutarakan kekecewaan selepas terperangkap dalam kesesakan di lorong tol, berikutan kegagalan sistem RFID.
Keadaan menjadi lebih parah apabila pengguna jalan raya yang gagal melakukan pembayaran menerusi RFID terpaksa mengambil keputusan beralih ke lorong TNG, namun mendapati baki dalam kad tidak mencukupi.
Hal itu kerana pertukaran penggunaan sistem bayaran daripada RFID kepada kad TNG menyebabkan pengguna lebuh raya akan dikenakan caj maksimum.
Mengulas lanjut, Najib berkata, disebabkan kosnya yang tidak sampai RM1, maka beliau mencadangkan agar teknologi itu diberikan percuma kepada rakyat.
“Sticker (pelekat) RFID sepatutnya diberi percuma kepada setiap pelanggan Touch N Go sebab kosnya rendah dan ianya memang percuma dari tahun 2018 hingga Februari 2020.
“Bermula 15 Februari 2020, ianya dijual pada harga RM35 sekeping pula,” kata Najib lagi.
Isu RFID turut mendapat perhatian Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.
Fadillah berkata pihaknya telah mengarahkan pihal PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go (TNG) diarah memberi penjelasan serta mencari penyelesaian terbaik berhubung pelbagai isu berkaitan teknologi RFID.
Malah Fadillah berkata, pihaknya sudah memanggil PLUS dan TNG untuk memastikan semua isu berkaitan pelaksanaan RFID berupaya diselesaikan secepat mungkin. MG
Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib
Baca Artikel Menarik :
- Jihan Musa didakwa salah guna kuasa
- Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video)
- Lengkap vaksin kini syarat wajib berkahwin
- Susu Badan Ibu Ini Bertukar Hijau Selepas Dijangkiti Covid-19
- Naim Daniel Jual Jiwa Kepada Syaitan?
- PLUS Koyak! Tutup ruang komen setelah dihujani ribuan kecaman
- Shuib akhirnya luah isi hatinya
- Nik Abduh beri teguran, pengguguran Khairuddin perlu penjelasan
- Dakwaan cabul srikandi parti, ADUN Bersatu kata konspirasi
- Dollah Salleh Terlibat Dalam Kemalangan
- Bila saya kata tidak akan sentuh wanita – Zul Ariffin
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.